• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawan Kudrat Dengan Tapah Gergasi

oleh Ahmad Albab
07/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERANTUT – “Ketika hendak naikkan ikan itu, ia terlepas seketika namun mungkin rezeki anak, saya berjaya menangkapnya kembali,” kata Roslan Mohamad Napiah.

Dia menjadi tumpuan ramai setelah berjaya yang mendaratkan ikan tapah ‘gergasi’ sepanjang 1.5 meter (m) dengan berat lebih 50 kilogram (kg) di Sungai Pahang, di sini, Isnin lalu.

Roslan, 45, berkata, dia bernasib baik mendapat hasil tangkapan itu.

“Selama enam tahun saya mencari ikan di sungai secara sambilan, tidak pernah lagi mendapat ikan sebesar ini.

“Sebelum ini, ikan paling berat saya pernah dapat sekitar 20kg seekor.

“Saya tidak terkejut dengan hasil tangkapan itu kerana terbiasa dengan asam garam kehidupan di sungai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jerantut Feri, di sini, semalam.

Bercerita lanjut mengenai hasil tangkapannya, bapa kepada tujuh anak itu berkata, pada hari kejadian dia sepatutnya keluar menoreh getah.

“Kebetulan hari itu hujan menyebabkan saya tidak pergi menoreh.

“Saya ke sangkar ikan dikongsi bersama rakan terletak 200 meter dari rumah untuk memberi ikan makan,” katanya.

Menurutnya, sambil itu dia mencari ikan menggunakan candik (sauk besar) berhampiran sangkar itu.

“Kira-kira jam 10 pagi apabila nampak ikan itu, saya cuba membawanya naik ke bot menggunakan candik, tetapi terlepas sekejap ketika ‘bergelut’ dengannya.

“Namun mungkin sudah rezeki, ikan itu tersangkut pada sangkar dan proses menangkapnya menjadi mudah kerana ia letih akibat pergelutan,” katanya.

Menurutnya, hasil tangkapan itu dipotong dan dijual kepada penduduk kampung sekitar RM40 sekilogram selain dijamu kepada keluarga serta rakan. – myMetro Online

Tags: IkanJerantut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

28/08/2023
0

GEORGETOWN : Kerajaan Pulau Pinang akan memanggil Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd