Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

Mahathir Ulangi PH Sukar...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulangi kenyataannya sebelum ini...

Sampel Kes Positif Di...

KUALA LUMPUR - Empat sampel kes positif COVID-19 yang diperoleh hasil saringan di...

Warisan Tidak Boleh Larang...

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal...

Mufti Perlis Gesa Umat...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyeru umat...

Larian ‘Sungai Menyala Forest Trail 2017’ Ahad Ini

PORT DICKSON – Pertandingan larian lasak ‘Sungai Menyala Forest Trail 2017’ akan diadakan di Pusat Pelancongan Eco-Edutourism Hutan Simpan Sungai Menyala di sini pada Ahad ini.

Pengarah pertandingan, Razif Yahya berkata pertandingan larian ini akan disenaraikan dalam sirkit larian antarabangsa iaitu ‘Asia Trail Master’ yang meliputi larian denai di seluruh Asia.

Katanya setakat ini seramai 320 orang peserta telah mendaftar termasuk dari Malaysia, Brunei, Kanada, Sepanyol, Perancis, Great Britain, Indonesia, Itali, Jepun, Filipina, Singapura dan Thailand.

“Pertandingan ini dibuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang dibahagikan kepada tiga kategori mengikut jarak larian iaitu 10 kilometer (km), 25km dan 50km, di samping kategori ‘Kid Dash’ untuk kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun.

“Peserta yang bertanding akan memperoleh markah dan ranking setiap kali selesai acara pertandingan bagi menentukan juara keseluruhan berdasarkan jumlah markah yang diperoleh daripada lima pertandingan terbaik yang disertai mereka.

“Lima peserta pertama daripada setiap kategori (lelaki dan wanita) akan menerima trofi pemenang dan barangan daripada penaja,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pertandingan itu adalah anjuran Malatra Venture dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).


Razif berkata Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala dipilih untuk pertandingan ini kerana ia mempunyai trek sedia ada di dalam kawasan hutan Dipterokarp Tanah Pamah yang masih kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna yang amat sesuai untuk acara larian tersebut.

Di samping itu, beliau berkata lokasinya yang tidak jauh dari Kuala Lumpur dan hanya kira-kira satu jam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga merupakan antara faktor utama untuk menarik pelari antarabangsa menyertai pertandingan itu.

“Pertandingan ini merupakan kali pertama diadakan di Negeri Sembilan dan akan dijadikan acara tahunan bagi mempromosikan produk ekopelancongan di negeri ini khususnya Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala,” katanya.

Katanya maklumat mengenai pertandingan itu boleh diperoleh di laman sosial Facebook Sungai Menyala Forest Trail 2017. – BERNAMA

Kategori