Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Jeremy Koo Kesal Gagal...

INCHEON - Pelayar berpengalaman negara, Jeremy Koo melahirkan rasa kecewa setelah gagal menyumbangkan...

95 Peratus Penduduk Malaysia...

SHAH ALAM: Kira-kira 95 peratus penduduk negara ini didapati tidak makan sayur seperti...

32 Insiden Libatkan Eskalator...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 32 insiden membabitkan eskalator direkodkan di seluruh negara dari...

Mayat Kim Jong-nam Sudah...

KUALA LUMPUR - Kawasan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL)...

Langkah Tepat Kerajaan Beri Status PR Kepada Zakir Naik

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan Malaysia memberi status pemastautin tetap (PR) kepada pendakwah Islam terkemuka, Dr. Zakir Naik adalah tindakan yang tepat dan benar.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, langkah itu dapat melindungi Zakir yang membawa misi kedamaian ke seluruh dunia.

“Pendakwah Islam yang membawa misi kedamaian perlu dilindungi apatah lagi oleh sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Memberikan taraf PR kepada Zakir adalah tindakan yang tepat dan benar oleh kerajaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Khairuddin berkata, dakwah Zakir menyebabkan banyak pihak di peringkat antarabangsa berasa cemburu dengannya hingga timbul pelbagai tohmahan rekaan bagi menimbulkan persepsi keatasnya.

Justeru, beliau berharap kerajaan Malaysia tidak terikut rentak politik DAP yang akan mempertikai perkara berkaitan Islam termasuk dalam isu pemberian status PR kepada Zakir.


Pemimpin DAP baru-baru ini berkata rakyat mahu tahu dan mendapat penjelasan daripada kerajaan mengapa pendakwah Islam terkemuka itu mendapat status PR di negara ini.

“Apakah kriteria yang digunakan untuk memberikan status penduduk tetap? Bolehkah dia berbahasa Melayu, dan berapa lama dia berada di negara ini?” – MYNEWSHUB.CC

Kategori