• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi 13 VIP Diburu SPRM Cuba Sogok Sultan Johor

oleh
02/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Nampak gayanya seperti sudah berjangkit pula apabila kes ini tiba-tiba menjadi kes besar dan ramai bakal panas punggung kerana ia melibatkan golongan kaya dan berkedudukan.

Daripada asalnya hanya seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri dari Klang, Selangor, kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terpaksa memburu lagi 13 orang kenamaan di seluruh negara.

Ia bagi membantu siasatan suruhnjaya itu terhadap kes cubaan menyogok Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung penganugerahan darjah kebesaran Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Portal AgendaDaily melaporkan muka depan sebuah akhbar pada Sabtu yang memetik sumber, bahawa SPRM percaya Tan Sri yang kini ditahan reman berperanan sebagai ejen atau orang tengah kepada individu terbabit.

Suspek seperti menjadi ‘penghubung’ bagi individu tertentu yang mahu mendapatkan gelaran Tan Sri secara mudah dengan sanggup menawarkan bayaran ganjaran lumayan sebanyak RM2 juta kepada Sultan Ibrahim.

“Berikutan perkembangan terbaharu itu, mereka yang berkaitan diminta agar segera tampil untuk memberi keterangan kepada pihak SPRM bagi membantu siasatan dengan lebih lanjut,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi akhbar tersebut turut mengesahkan mengenai perkara berkenaan namun beliau enggan mengulas secara lebih terperinci.

Terdahulu, seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri berumur 54 tahun itu ditahan reman selama lima hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berkenaan selepas menyerah diri kepada pihak SPRM pada lewat Khamis.

Majistret Nik Isfahanie Tasnin Wan Ab. Rahman memerintahkan lelaki itu direman sehingga 4 April ini selepas membenarkan permohonan SPRM bagi membolehkannya disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Untuk rekod, akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau denda RM10,000, mengikut mana lebih tinggi jika tertuduh disabitkan kesalahan di mahkamah.

Lelaki tersebut yang juga pengasas dan penasihat sebuah firma perkapalan di Johor Bahru tiba di Istana Kehakiman di Putrajaya kira-kira pukul 9.30 pagi dan dilihat memakai baju berwarna oren tertera perkataan Lokap SPRM.

Sultan Johor baru-baru ini mendedahkan menerima tawaran RM2 juta daripada individu untuk mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan gelaran Tan Sri dari­pada Istana Negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: SPRMSultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd