• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPWKM Bentang Pindaan Akta Keganasan R/Tangga

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membentangkan pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan 2012) untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat, esok.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pindaan akta itu bertujuan memberi keadilan menyeluruh kepada anggota keluarga yang mengalami penderaan bukan hanya secara fizikal, tetapi emosi dan psikososial.

“Contohnya, isu seperti mencuri kad pencen, isu melibatkan harta dan juga melafazkan cerai melalui aplikasi WhatsApp,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesejahteraan Emosi ‘Bridge To A Better Life’ di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di sini, hari ini.

Rohani berkata keganasan rumah tangga pada masa ini bukan sahaja melibatkan isteri yang dikasari, malah ia boleh berlaku kepada suami, ibu dan bapa mertua serta ipar.

Terdahulu, Rohani meluangkan masa mengunjungi reruai Laman Wanita (LaWa) di perkarangan tempat letak kereta Matic, iaitu gerai jualan oleh usahawan-usahawan wanita yang diperkenalkan sejak awal Mac lepas.

Reruai LaWa terdiri daripada perkhidmatan mengurut kaki, menjual produk makanan dan kraftangan dibuka setiap hari minggu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Rohani Abdul KarimKPWKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Segera Lapor Jika Anak Jadi Mangsa Seksual Siber, KPWKM Jamin Lindungi Keselamatan, Mental Mangsa’ – Nancy

‘Segera Lapor Jika Anak Jadi Mangsa Seksual Siber, KPWKM Jamin Lindungi Keselamatan, Mental Mangsa’ – Nancy

19/11/2025
0

PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meminta ibu bapa yang mempunyai anak terdedah gejala penganiayaan seksual dalam...

Dewan Negara Luluskan RUU Anti Gangguan Seksual

Dewan Negara Luluskan RUU Anti Gangguan Seksual

11/08/2022
0

PUTRAJAYA – Hasrat kerajaan untuk menyediakan undang-undang khusus bagi menangani isu gangguan seksual kini semakin hampir menjadi kenyataan selepas Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd