• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPT Tegas Bendung Kegiatan Guna Gelaran ‘DR’ Palsu

oleh AK-47
25/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi mengambil langkah tegas membendung amalan menggunakan gelaran akademik seperti ‘Dr’ atau ‘doktor falsafah’ (PhD), ‘profesor’ dan ‘Ir’ palsu dalam kalangan pensyarah universiti.

Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata kefahaman tentang kepentingan nilai integriti perlu diberikan secara berterusan kepada institusi pengajian tinggi di negara ini.

“Universiti yang terlibat sudah mengambil tindakan terhadap mereka yang menggunakan ‘title’ palsu dan mereka kini dalam proses mahkamah.

“Kita perlu periksa dahulu. Setiap universiti telah memaparkan kepada umum senarai nama-nama mereka yang mendapat ijazah kedoktoran daripada universiti mereka,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Idris berkata sebagai contoh, individu yang memiliki gelaran doktor kehormat masih boleh menggunakan gelaran ‘Dr’ namun ia hendaklah ditulis dalam kurungan (Dr) gelaran tersebut sebagai tanda pengiktirafan.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata tahap kesedaran peminjam untuk membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilihat meningkat melalui pelbagai inisiatif kementerian itu.

Jumlah bayaran balik yang diperolehi pada dua bulan pertama tahun ini sebanyak RM680 juta .

Peningkatan itu berbanding RM353 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

PTPTN kekal dengan polisi sedia ada iaitu berkaitan penahanan bayaran pinjaman kepada pelajar yang memperolehi PNGK 2.0 dan ke bawah bagi memastikan peminjam kekal cemerlang dalam bidang akademik dan memastikan keupayaan pembayaran balik daripada pelajar selepas tamat pengajian.

Bagi menjawab soalan Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader, Idris menjelaskan sehingga Februari tahun ini, seramai 42,425 peminjam dengan amaun berjumlah RM1.26 bilion telah mendapat manfaat dari Dasar Pinjaman Boleh Ubah yang diperkenalkan, iaitu pengecualian bayaran balik bagi mereka yang mendapat Ijazah Sarja Muda Kepujian Kelas Pertama.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 30,918 peminjam adalah daripada universiti awam (UA) manakala 11,507 peminjam adalah daripada IPTS,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris JusohKPT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPT Tiada Kaitan, Tidak Setuju Pengiktirafan UEC?

KPT Tiada Kaitan, Tidak Setuju Pengiktirafan UEC?

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak mempunyai kaitan dengan cadangan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan...

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mempersoalkan pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung peluang untuk lepasan tahfiz memasuki institusi pendidikan tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd