• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perlis Tak Boleh Sekat Harga Harumanis

oleh Ahmad Albab
11/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kerajaan negeri tidak boleh menyekat harga penjualan mempelam harumanis tetapi boleh mengawal harga dan kualiti buah tersebut bagi mengekalkan keunikan ikon Perlis itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Ahmad Bakri Ali berkata walaupun harga siling harumanis ditetapkan RM26 satu kilogram, peniaga boleh menjualnya lebih tinggi mengikut kualiti buah tetapi secara terkawal.

Katanya Jabatan Pertanian Negeri melakukan pelbagai strategi termasuk mengadakan kursus penjagaan harumanis mengikut peringkat pertumbuhan buah, pembajaan, penjagaan bunga dan putik, balutan dan menuai buah untuk menghasilkan buah terbaik.

Beliau menjawab soalan Khaw Hock Kong (BN-Titi Tinggi) yang ingin mengetahui langkah-langkah penjagaan harumanis yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini, hari ini.

Ahmad Bakri berkata melalui Jabatan Pertanian menetapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi membungkus harumanis supaya buah yang dihasilkan menepati piawaian dari segi tekstur isi, kematangan dan tahap kemanisan.

Selain itu Brix Meter digunakan bagi mengukur kematangan buah, kandungan gula dan kod keselamatan menggunakan pelekat khas yang dilekatkan pada buah, tambahnya.

Ahmad Bakri berkata kaedah penggunaan kod keselamatan adalah untuk mengenal pasti pemilik dan lokasi ladang bagi mengatasi kecurian di samping kualiti dan ciri-ciri buah yang dijual.

“Kerajaan negeri memantau dengan serius penjualan ‘harumanis tipu’ agar orang ramai tidak menjadi mangsa penipuan peniaga-peniaga yang rakus,” tambah beliau. – BERNAMA

Tags: harumanis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja Terpaksa Lupakan Sekolah Akibat SLE

Next Post

Jangan Biar Ranking Jejas Kelayakan Kejohanan Dunia

Related Posts

Pemilik Kebun Harumanis, Ini Pesanan Mufti Perlis

12/07/2019
0

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan pemilik kebun mempelam harumanis di negeri ini supaya tidak...

Harumanis Dicadang Menu Wajib Majlis Kerajaan

22/02/2019
0

KANGAR - Menteri Pertanian dan Industri Asas, Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, beliau akan mencadangkan kepada Kabinet agar mempelam harumanis...

Next Post

Jangan Biar Ranking Jejas Kelayakan Kejohanan Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd