• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KFA Mahu Runding Dengan FAM Isu Tan Cheng Hoe

oleh AK-47
05/04/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mahu berunding dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mendapatkan penyelesaian menang-menang mengenai isu jurulatih Tan Cheng Hoe.

Namun setakat ini KFA beranggapan Cheng Hoe masih milik mereka, walaupun pengendali itu telah menghantar surat peletakan jawatan Sabtu lepas, selagi belum mendapat surat rasmi tawaran pengambilannya sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata rundingan perlu dibuat antara kedua-dua belah pihak bagi mendapatkan situasi menang-menang.

“Selagi tiada surat rasmi, KFA tidak akan membuat sebarang keputusan berkaitan perkara ini. Ini bukan perkara mudah, banyak benda yang KFA perlu teliti dahulu kerana ini melibatkan jurulatih negeri kita.

“Jadi sebaiknya FAM perlu berjumpa dengan KFA bagi berbincang untuk mencapai keputusan yang terbaik demi pembangunan bola sepak Kedah dan negara,” katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman, hari ini.

Cheng Hoe yang mempunyai kontrak dengan KFA sehingga akhir tahun ini, menjadi pilihan jurulatih skuad Harimau Malaya, Mario Gomez untuk menjadi pembantunya.

Aminuddin berkata usaha membentuk pasukan Kedah yang mantap seperti sekarang bukanlah sesuatu yang mudah dan FAM perlu melihat pengorbanan besar yang telah dilakukan anggota gabungan bagi meningkatkan mutu bola sepak negeri.

“Pelbagai cabaran telah kita tempuhi untuk berada di posisi ini. Kerajaan negeri banyak memberi komitmen terutama dari sudut kewangan bagi menggilap bakat baharu menjadi pemain dan jurulatih yang baik sehingga mereka sampai ke peringkat nasional,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata isu penukaran jurulatih bukan perkara mudah terutama mendapatkan mereka yang sesuai dengan pemain dan persatuan.

“Penelitian rapi perlu dibuat sebelum melantik jurulatih baharu dan KFA sangat berhati-hati sebab kita faham kedudukan sukan bola sepak di Kedah yang merupakan sukan rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: FAMKFATan Cheng Hoe
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd