• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KFA Mahu Cheng Hoe Kaji Semula Peletakan Jawatan

oleh
08/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mahu Tan Cheng Hoe mengkaji semula keputusannya meletak jawatan sebagai jurulatih skuad Lang Merah.

Naib Presiden KFA, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata satu mesyuarat exco akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan status Cheng Hoe yang telah menghantar surat peletakan jawatannya 1 April lepas.

“Mesyuarat itu akan diadakan terlebih dahulu sebelum kami mengadakan pertemuan dengan Tan Cheng Hoe.

“Secara peribadi saya ingin menasihatkannya berfikir banyak kali kerana telah lama bersama kami dan paling penting beliau ada semangat Kedah yang kuat,” katanya yang ditemui selepas majlis perasmian sebuah pusat mencuci kereta di sini hari ini.

Pada masa sama, Badrol Hisham berkata KFA sedia mendengar dan berbincang dengan Cheng Hoe mengenai apa-apa perkara berbangkit jika ada untuk diselesaikan andai ia mengganggu tumpuannya.

Nama Cheng Hoe yang telah membawa Kedah muncul juara Piala Malaysia musim lalu disebut-sebut bakal dilantik sebagai pembantu jurulatih pasukan Harimau Malaya.

Sejak menggalas tugas sebagai jurulatih Kedah pada 2014, skuad Lang Merah itu berjaya melakar kemenangan dengan menjuarai Piala Malaysia 2016 dan Piala Sultan Azlan Shah, Januari lalu. – BERNAMA

Tags: bola sepakKFATan Cheng Hoe
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekalan Elektrik Masih Terputus Di Selatan Thai

Next Post

Kereta Dipandu Bahaya, Polis Lepas 7 Das Tembakan

Related Posts

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

Peluang Terakhir Malaysia….

Peluang Terakhir Malaysia….

18/12/2024
0

Kalau TMJ Gagal Majukan Bola Sepak Kita…Maka Habis La BOLA sepak adalah sukan yang paling mendapat perhatian di serata dunia...

Next Post

Kereta Dipandu Bahaya, Polis Lepas 7 Das Tembakan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd