• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KFA Kenal Pasti 3 Jurulatih Baharu Ganti Cheng Hoe

oleh AK-47
21/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sedang mengenal pasti tiga calon jurulatih baharu bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang akan meninggalkan pasukan itu bagi menggalas tugas sebagai penolong jurulatih skuad Harimau Malaya.

Naib Presiden KFA Datuk Badrol Hisham Hashim berkata tiga nama terdiri daripada jurulatih tempatan dan asing itu telah dicadangkan dalam mesyuarat jawatankuasa KFA, baru-baru ini.

“Kita ingin pastikan jurulatih baharu ini serasi dan paling penting, kita ingin cari yang terbaik buat pasukan Kedah yang kini berada pada prestasi cemerlang. Kita mahu lihat keupayaan mereka dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelepasan pasukan Kedah ke Ipoh, Perak bagi menghadapi suku akhir kedua Piala FA menentang PKNP FC, esok.

Cheng Hoe menerima surat pelantikan sebagai penolong jurulatih skuad Harimau Malaya daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 5 April lalu, sebelum menyerahkan surat tersebut kepada Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar, sehari selepas itu.

Badrol Hisham berkata KFA juga sudah bersedia untuk melepaskan Cheng Hoe, namun beberapa perkara perlu diselesaikan antara KFA, Cheng Hoe dan FAM.

“KFA tidak ada halangan untuk dia (Cheng Hoe) berhijrah kerana itu kehendaknya untuk berkhidmat dengan skuad kebangsaan,” katanya.

Sementara itu, Cheng Hoe ketika ditemui berkata kesemua pemain berada dalam keadaan baik dan bersemangat untuk meraih kemenangan pada aksi suku akhir kedua Piala FA menentang PKNP FC di Stadium Perak, Ipoh.

“Pemain telah melupakan kekecewaan pada perlawanan menentang T-Team sebelum ini apabila kalah 0-5 dan lebih bersemangat untuk bermain dengan baik bagi meraih kemenangan.

“Semua pemain utama juga berada dalam keadaan baik cuma Liridon Krasniqi akan direhatkan esok kerana masih mengalami kecederaan,” katanya.

Pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman 2 April lepas, Kedah berpesta gol membelasah PKNP 6-1. – BERNAMA

Tags: Datuk Badrol Hisham HashimKFATan Cheng Hoe
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: Polis Johor Diletakkan Dalam Keadaan Bersiap-siaga

Sumbangan RM6 Juta Dipulangkan Semula – Sanusi

07/01/2024
0

KUALA NERANG: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak...

Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe Gesa Tiada Kesilapan Mudah Bertemu Vietnam

12/12/2021
0

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menuntut pemain negara agar tidak melakukan kesilapan mudah sewaktu berdepan Vietnam dalam aksi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd