• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Pembangkang: Tukar Wan Azizah Dengan Kit Siang

oleh Ahmad Albab
08/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pergerakan Wanita UMNO mendesak Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melepaskan jawatan Ketua Pembangkang dan membiarkan penasihat DAP, Lim Kit Siang mengambil alih peranan itu.

Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata desakan itu dibuat bagi mengelak orang Melayu daripada terpedaya dengan muslihat politik Kit Siang dan DAP.

Katanya, Wanita UMNO melihat tindakan licik Kit Siang memilih Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang hanya untuk meyakinkan orang Melayu bahawa pakatan pembangkang dikuasai pemimpin Melayu, sedangkan yang sebenarnya, ia dikuasai DAP dan pemimpin Melayu hanya dijadikan boneka politik mereka.

Shahrizat berkata Wanita UMNO mengikuti perjalananan sidang Dewan Rakyat dan satu perkara yang amat jelas, kedudukan Wan Azizah selaku Ketua Pembangkang tidak dapat dirasai pada persidangan itu kerana sikap sering diam menikus dalam menerajui barisan pembangkang.

“Sebaliknya, Kit Siang pula yang lantang bersuara dan membuat kecoh mewakili pembangkang dan jika beginilah, Kit Siang sepatutnya menjadi Ketua Pembangkang kerana jelas dia yang sebenarnya menguasai pakatan ini.

“Kedudukan DAP lebih dominan dalam pakatan pembangkang dari segi bilangan kerusi iaitu 37 berbanding PKR 27, (dan) pelantikan Kit Siang sebagai Ketua Pembangkang amat bertepatan sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya memandangkan bilangan kerusi Parlimen DAP yang lebih banyak daripada pembangkang lain, maka semestinya Kit Siang menjadi calon Perdana Menteri pilihan pakatan pembangkang.

“Jika ini berlaku, barulah orang Melayu sedar pilihan mereka dalam pilihan raya umum ke-14 kelak merupakan pilihan untuk memilih Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri atau Kit Siang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Lim Kit SiangTan Sri Shahrizat Abdul Jalil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

04/07/2023
0

Kesilapan memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin nombor dua Umno mengubah hala tuju negara, kata pemimpin DAP itu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd