• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesesakan Di George Town Seperti Tiada Pengakhiran

oleh Ahmad Albab
09/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pulau Pinang, terutamanya George Town, sentiasa menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara sehinggakan pelancong yang memandu kenderaan sendiri pasti tidak terlepas daripada mengalami kesesakan lalu lintas.

Jumlah kenderaan yang sentiasa bertambah setiap tahun serta kemasukan kenderaan dari luar negeri ini pada musim cuti menambahkan lagi kesesakan jalan raya di pusat bandar serta kawasan tumpuan pelancong.

Bagi penduduk pulau, kesesakan lalu lintas bukan perkara baharu di bandar raya ini, terutama pada waktu puncak iaitu pada waktu orang ramai pergi dan pulang pejabat serta musim cuti persekolahan atau cuti hujung minggu yang panjang.

Antara jalan yang sentiasa mengalami kesesakan lalu lintas pada waktu puncak ialah Jalan Sungai Pinang hingga ke Jalan Perak, Jalan Masjid Negeri, Jalan Air Hitam, Lebuhraya Lim Chong Eu membawa kepada Jambatan Pulau Pinang dan jalan menghala ke Bayan Lepas serta Balik Pulau.

Pada musim cuti pula kesesakan lalu lintas merupakan perkara rutin di kawasan tumpuan pelancong seperti jalan ke Batu Ferringhi, Bukit Bendera dan Jalan Penang.

Menurut wikipedia, Pulau Pinang yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu tanah besar dan pulau mempunyai keluasan 653 kilometer persegi di Seberang Perai dan 293 kilometer persegi di bahagian pulau sedangkan jumlah terkumpul kenderaan di negeri ini meningkat setiap tahun.

Berdasarkan statistik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, jumlah kenderaan terkumpul di negeri ini pada 2013 ialah 2,408,715 dan jumlah itu meningkat 3.8 peratus kepada 2,500,220 pada 2014.

Pada 2015 jumlah itu meningkat lagi sehingga 2,556,735.

Menurut statistik itu juga, pendaftaran baharu kenderaan bermotor pada Januari hingga September tahun lepas pula ialah 36,628 kenderaan dan daripada jumlah itu 25,353 adalah motosikal, 8,892 kereta, 74 bas, 87 teksi, 37 kereta sewa pandu sendiri, 1,770 kenderaan barang dan 415 lain-lain kenderaan.

Jika dilihat daripada jumlah kenderaan yang sentiasa bertambah sedangkan keluasan bandar raya ini tetap sama dan boleh dikatakan kecil jika dibandingkan bandar raya lain, maka sememangnya masalah kesesakan semakin sukar untuk diatasi.

Keadaan itu ditambah dengan struktur jalan di pusat bandar yang jika dilihat dengan mata kasar sukar untuk dibesarkan kerana kebanyakannya berada rapat dengan kaki lima bangunan.

“Saya takut memandu di Pulau Pinang,” luah seorang rakyat Amerika Syarikat yang berusia 34 tahun dan enggan dikenali serta hampir setahun menetap dan bekerja di George Town.

Mungkin kata-kata itu hanya persepsi peribadi beliau yang membandingkan cara pemanduan di bandar raya ini dan negara asalnya, tetapi tidak dapat dinafikan ia adalah realiti bagi yang memandu kenderaan di sini.

Azman Ngah, 36, dari Kuala Lumpur yang pertama kali bercuti bersama keluarga di negeri ini pada cuti sekolah lepas berkata memandu di bandar raya ini memerlukan kesabaran dan perlu berhati-hati terutama terhadap penunggang motosikal.

“Kebanyakan jalan di tengah bandar sempit dan ditambah dengan penunggang motosikal yang mencelah sesuka hati dan kereta yang berhenti di bahu jalan,” katanya. – BERNAMA

Tags: George Townkesesakan lalu lintas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kaedah Kurangkan Kesesakan Lalu Lintas Diputuskan Dalam Masa Terdekat

24/05/2022
0

Kuala Lumpur : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat kajian terperinci bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di ibu kota....

Jalan Sesak Orang Ramai Mula Pulang Ke Ibu Kota

04/05/2022
0

PETALING JAYA – Ribuan pengguna jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan terpaksa menempuh kesesakan yang luar biasa ketika ini ekoran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd