• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesedaran Kerusi Khas Bayi Dalam Kereta Masih Rendah

oleh Ahmad Albab
26/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Tahap kesedaran terhadap penggunaan kerusi keselamatan bayi atau kanak-kanak dalam kenderaan di Kedah masih rendah meskipun pelaksanaannya akan diwajibkan pada 2019 kelak.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kedah Chan Pei Hong berkata, kajian daripada pihaknya mendapati, masih ramai terutama ibu bapa mengambil ringan mengenai penggunaan kerusi keselamatan tersebut.

“Mungkin ramai yang beranggapan, apabila tinggal di daerah kecil atau kampung risiko kemalangan adalah rendah berbanding di bandar atau kawasan yang sesak jadi kerusi khas kanak-kanak itu tidak perlu digunakan.

“Namun ia adalah sebaliknya apabila rekod di kawasan yang dikatakan kurang sibuk atau luar bandar menyaksikan sering terjadinya kemalangan membabitkan kanak-kanak malah ada bayi yang tercampak akibat impak kejadian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Dialog Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Di Kalangan Penjawat Awam di Negeri Kedah di Dewan Auditorium Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Setar, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Seksyen Semakan Gubalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Abdul Razak Alias dan Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Kedah Datuk Zahari Ismail.

JKJR akan meningkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam memberi penerangan dan kesedaran mengenai kesalahan dan risiko yang akan dihadapi apabila memandu di bawah pengaruh dadah.

“Ancaman di atas jalan raya sekarang bukan saja membabitkan memandu di bawah pengaruh alkohol tetapi dadah. Jadi, kami akan bekerjasama lebih erat dengan AADK dalam membasmi perkara ini,” kata Chan.

Sementara itu, Abdul Razak ketika di dalam ucapannya berkata semua ketua jabatan bertanggungjawab dalam memastikan pemandu kenderaan jabatan tidak melanggar kesalahan lalu lintas dan dikenakan mata demerit.

“Kesalahan yang dilakukan akan ditanggung sepenuhnya oleh pemandu kenderaan jabatan itu termasuk lesen digantung atau dibatalkan jika mata demeritnya mencapai 20 mata,” katanya. – BERNAMA

Tags: bayikeselamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

Kehadiran Polis Demi Keselamatan, Tidak Berpihak Mana-Mana Pihak – Alzafny

Kehadiran Polis Demi Keselamatan, Tidak Berpihak Mana-Mana Pihak – Alzafny

05/06/2026
0

SEREMBAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan kehadiran anggota dan pegawai polis di kawasan pintu masuk Balai Rasmi Tunku Besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd