Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

2 Penumpang Maut, Pemandu...

GEORGE TOWN - Dua penumpang sebuah kenderaan maut sementara pemandunya cedera parah selepas...

Dua Peguam Sirul Kini...

Dua peguambela kepada bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar yang...

Awang Selamat Bidas MB...

Awang Selamat dalam ruangan Analisis Mingguan di akhbar Mingguan Malaysia hari ini mempersoalkan...

Pahang, Johor Alami Hujan...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan...

Kes Zi Publications Kembali Ke Mahkamah Tinggi

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh ZI Publications Sdn Bhd dan pengarahnya Mohd Ezra Mohd Zaid terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan empat pihak lain diikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk didengar berdasarkan merit.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan di mahkamah tinggi pada 11 Mei.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat juga memerintahkan kes tersebut didengar di hadapan hakim yang lain dan relif yang dipohon oleh perayu mengenai rampasan buku dan penangkapan Mohd Ezra diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Panel itu yang juga disidangi oleh oleh Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dan Hakim Datuk Asmabi Mohamad memutuskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila menolak permohonan semakan kehakiman berdasarkan bantahan awal.

ZI Publications dan Mohd Ezra merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan seakan kehakiman untuk mencabar tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas salinan terjemahan buku bertajuk “Allah, Kebebasan dan Cinta” (Allah,, Liberty and Love) karya penulis kontroversi, Irshad Manji.

Mahkamah Tinggi membuat keputusan itu pada 6 Sept, 2016 selepas membenarkan bantahan awal oleh JAIS, pengarahnya, ketua penguatkuasaan JAIS, ketua pendakwa syarie Selangor, kerajaan negeri Selangor dan Kerajaan Malaysia terhadap permohonan semakan kehakiman tanpa mendengarnya berdasarkan merit.


ZI Publications dan Mohd Ezra memfailkan permohonan bagi seakan kehakiman pada 9 Julai, 2012, memohon antara lain perintah certiorari untuk membatalkan tindakan oleh pegawai JAIS yang melancarkan serbuan dan merampas 180 buku itu pada 29 Mei, 2012 di premis ZI Publications.

kedua-duanya juga memohon perintah untuk membatalkan penangkapan Mohd Ezra pada 29 Mei, 2012 adan pendakwaan oleh JAIS.

Mereka selanjutnya memohon pengisytiharan supaya Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, berhubung siasatan ke atas Mohd Ezra, diketepikan kerana mendakwa ia bercanggah dengan Perkara 10(1)(a) dan 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan ialah berkaitan kebebasan bercakap dan bersuara, berhimpun dan menubuh persatuan. – BERNAMA

Kategori