• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Denggi Johor Meningkat Minggu Ke-13

oleh Ahmad Albab
03/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jumlah kes denggi yang dilaporkan di Johor meningkat sedikit pada minggu ini berbanding minggu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata pada minggu ke-13 yang berakhir 1 April, sebanyak 130 kes denggi dilaporkan, meningkat 27 peratus berbanding 103 kes pada minggu sebelumnya.

“Secara keseluruhan, Johor mencatatkan 1,670 kes setakat ini. Daripada jumlah itu, empat kematian dilaporkan dengan tiga mangsa adalah wanita dan seorang lagi lelaki.

“Kesemua mereka berasal dari Johor Bahru, Kluang dan Segamat berusia antara 44 dan 67 tahun,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Ayub berkata Johor Bahru merupakan daerah paling tinggi mencatatkan kes iaitu 80 peratus, diikuti Kluang (5.4 peratus), Segamat (3.8 peratus), Kota Tinggi (3.1 peratus), Kulai, Batu Pahat dan Pontian (masing-masing 2.3 peratus) dan Mersing (0.8 peratus).

Di Tangkak dan Muar pula, tiada kes denggi dilaporkan.

Menurut Ayub, sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 171,951 premis diperiksa dan daripadanya, 5,284 premis dikesan menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Berikutan itu, sembilan premis diarah untuk ditutup dan 670 kompaun berjumlah RM335,000 dikeluarkan. – BERNAMA

Tags: denggi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd