• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Benjy Ditangkap Di Indonesia Calar Industri Seni

oleh AK-47
21/04/2017
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Benjy sekali lagi menjadi tumpuan rakyat Malaysia, apabila dikejutkan dengan berita penahanannya di Medan, Indonesia berikutan penemuan dadah jenis syabu di duburnya.

Berita ini turut menarik perhatian Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) yang menyifatkan Benjy atau nama sebenarnya Khaeryl Benjamin itu telah mencalar reputasi industri hiburan tempatan.

Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez berkata, pihaknya tidak dapat membantu dalam kes Benjy ini kerana ia jelas membabitkan undang-undnag di negara asing.

“Saya terkejut dan kecewa apabila dimaklumkan mengenai perkara ini. Difahamkan, ia bukan kali pertama Benjy dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.

“Sebagai persatuan, tidak banyak yang kami boleh bantu kerana ia membabitkan undang-undang negara luar. Dalam hal ini, keluargalah yang seharusnya berikan sokongan dan menghulurkan bantuan kepada pelakon terbabit.

“Ini kerana mereka lebih berhak. KARYAWAN pula memang tidak mempunyai kuasa untuk ke sana kerana ia bukan di bawah bidang kuasa kami,” katanya kepada BH Online.

Pada masa yang sama, Freddie berharap penahanan Benjy juga menjadi pengajaran buat artis tempatan.

Mengikut rekod, Benjy ditahan Selasa lalu selepas pihak polis Indonesia menjumpai dua bungkus nartkotik jenis syabu seberat 14 gram di dalam duburnya.

Ketika itu, dia baharu sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Medan, wilayah Sumatera Utara setelah berlepas dari Kuala Lumpur.

Benjy sebelum ini pernah ditahan di Malaysia sebanyak empat kali pada tahun 2015 berkenaan isu dadah. Dia merupakan anak tunggal pelakon dramatis terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Azean Irdawatybenjy
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Aku Lama Lagi Kat Sini… Tolong Doakan Kesihatan Aku’

20/12/2018
0

KUALA LUMPUR - ‘Aku lama lagi kat sini. Jadi tolong doakan yang kesihatan aku jadi lebih baik. Aku kena sihat...

Adik Benjy Luah Perasaan Di Twitter

24/10/2017
0

SEHARI selepas pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim menerima hukuman 11 tahun di dalam penjara oleh mahkamah Indonesia atas cubaan menyeludup dadah jenis syabu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd