• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Dipandu Bahaya, Polis Lepas 7 Das Tembakan

oleh
08/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan bagi menghalang pergerakkan sebuah kereta yang dipandu secara merbahaya di Paya Terubong dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam kejadian 11.30 pagi itu, pihak polis melepaskan tujuh das tembakan ke arah kereta Proton Wira itu yang dipandu lelaki berusia 46 tahun.

“(Sebelum itu) polis melakukan pemeriksaan ke atas suspek, namun semasa anggota kita arahkan suspek untuk memberi kerjasama bagi membuat pemeriksaan lanjut dalam keretanya, suspek terus memecut keretanya.

“Polis mengejar kereta suspek bermula dari Jalan Paya Terubong hingga ke Jalan Lengkok Tun Muhd. Salleh dan semasa sampai di tepi Petronas Paya Terubong, kereta suspek turut melanggar seorang lelaki yang menunggang motosikal,” katanya.

Katanya polis terus mengejar kereta suspek sehingga ke Tingkat Paya Terubong menghala ke Majestic Height (laluan sehala), sebelum kereta suspek melanggar cermin sisi kereta orang awam yang diparkir di kawasan itu.

“Setelah sampai di lampu isyarat Simpang Jalan Paya Terubong, kereta suspek melanggar pula sebuah kereta orang awam di bahagian hadapan, namun dia masih memecut ke arah Bukit Jalan Paya Terubong,” kata Mior Faridalathrash.

Beliau berkata anggota polis juga menggunakan pembesar suara dan mengarahkan suspek agar memberhentikan kenderaannya kerana dia membahayakan pengguna jalan raya lain, namun suspek tidak mengendahkannya.

Katanya akhirnya polis terpaksa melepaskan tembakan bertujuan menghalang pergerakkan kereta suspek dan bagi menyelamatkan pengguna jalan raya yang lain.

Menurut beliau suspek bagaimana pun meloloskan diri menuju kawasan Bandar Baru Farlim dan keretanya dijumpai ditinggalkan di kawasan lapang hadapan padang permainan berhampiran perumahan Desa Pertama.

“Hasil pemeriksaan awal pada kereta suspek, polis menjumpai sarung pedang sepanjang lebih kurang 0.8 meter, sekotak biji besi (bearing) dan pegawai penyiasat bersama forensik masih melakukan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan tersebut.

“Polis telah mengenal pasti suspek yang didapati mempunyai 10 rekod jenayah lampau,” katanya. – BERNAMA

Tags: penjenayahtembakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KFA Mahu Cheng Hoe Kaji Semula Peletakan Jawatan

Next Post

Gempa Sederhana Berlaku Di Mindoro, Filipina

Related Posts

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

05/07/2025
0

JITRA: Seorang daripada dua penjenayah yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar...

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

14/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Satu video memaparkan empat penyamun memasuki sebuah rumah di Desa Vista, di Sepang sebelum tiga daripada mereka ditembak...

Next Post

Gempa Sederhana Berlaku Di Mindoro, Filipina

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd