• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerana Mak Cun, Erma Fatima Terima Banyak Produk IKS

oleh Ahmad Albab
18/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Gara-gara watak Mak Cun, pengarah dan pelakon Erma Fatima memberitahu menerima banyak produk usahawan desa sehingga memenuhi ruang kediamannya.

Erma, 49, berkata, dia tersentuh hati dengan perkara itu dan sedaya upaya akan cuba merasai semua produk yang diberikan kepadanya.

“Rumah saya sudah seperti super market hingga nak masuk pun susah sebab terlalu banyak barang usahawan desa. Saya tidak akan buang barang-barang itu.

“Saya akan labelkan terlebih dahulu supaya saya tahu siapa punya selepas merasainya. Saya tidak sangka mereka benar-benar menghargai usaha saya walaupun hanya dalam sebuah drama,” ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon itu berkata, setakat ini dia sudah memilih kira-kira 20 buah produk untuk dipasarkan di bawah jenama Mak Cun yang dijual Mak Cun Mart.

Tambahnya, sebuah kedai fizikal bakal beroperasi pada Mei depan di Ukay Perdana, Ampang, dekat sini.

Erma Fatima mengakui watak Mak Cun itu banyak mengajarnya tentang kesusahan usahawan desa dalam memasarkan produk mereka.

Katanya, dia mengkaji proses usahawan desa untuk membawa produk mereka ke pasaraya di bandar-bandar besar.

“Saya banyak belajar daripada watak ini tentang perjuangan susah senang seorang usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka di bumi Malaysia.

“Saya sendiri buat kajian dan jumpa dengan pihak-pihak berkaitan semata-mata untuk menulis skrip drama itu dan dari situ saya rasa sendiri keperitan mereka.

“Disebabkan perkara itu juga, saya terpanggil untuk membantu sebarapa mampu untuk mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang kerjaya lakonannya, Erma berkata, dia hanya berlakon untuk drama Mak Cun sahaja.

Katanya, dia tidak lagi berminat menjadikan bidang lakonan sebagai sebuah kerjaya seperti dahulu.

“Saya sudah lama tinggalkan bidang lakonan dan bila orang nampak saya muncul dalam drama Mak Cun, mereka fikir saya buat comeback.

“Tapi sebenarnya saya berlakon atas permintaan pihak stesen televisyen ini sahaja untuk mengembangkan watak Mak Cun,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Erma FatimaMak Cunusahawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

06/07/2022
0

PASIR GUDANG: Majlis Amanah Rakyat (Mara) meluluskan kira-kira RM200 juta peruntukan pembiayaian perniagaan kepada golongan usahawan di seluruh negara setakat...

TVET Lonjak Potensi Usahawan

TVET Lonjak Potensi Usahawan

26/06/2022
0

Sungai Petani : Bermula dengan sebidang tanah seluas 0.2 hektar, seorang usahawan muda agromakanan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd