• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Johor Ucap Takziah Kematian Pelajar Tahfiz

oleh Ahmad Albab
27/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mengucapkan takziah terhadap anggota keluarga pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, yang meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor turut memberikan sumbangan kepada keluarga pelajar itu bagi membantu menghadapi detik sukar.

“Saya bagi pihak kerajaan negeri dan seluruh negeri Johor turut berdukacita atas pemergian ‘imam cilik’ ini.”

“Hasrat dan impiannya menjadikan Al-Quran sebagai budaya hidup seharian amatlah terpuji dan sama-samalah kita berdoa semoga Allah menempatkannya dalam kalangan insan yang bertaqwa dan beriman,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohd Thaqif Amin, 11, yang kedua belah kakinya dipotong hingga paras peha akibat jangkitan kuman, Jumaat lepas, meninggal dunia pada 2.05 petang tadi.

Terdahulu, Mohamad Thaqif Amin yang dimasukkan ke HSI, Rabu lepas, (19 April) menjadi tular di media sosial selepas mengalami kecederaan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas dipercayai akibat dipukul pembantu warden madrasah itu.

Selepas kaki, tangan kanan pelajar itu pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadualkan perlu dipotong hingga bawah siku, pagi tadi, demi menyelamatkan nyawanya.

Semalam, Ayub berkata laporan ujian darah dan kesihatan bagi mengetahui punca sehingga menyebabkan kedua-dua kaki pelajar itu terpaksa dipotong, akan diperolehi sekurang-kurangnya seminggu atau dua minggu lagi.

Pembantu warden berumur 29 tahun itu disambung reman tiga hari mulai esok sehingga Sabtu ini. – BERNAMA

Tags: pelajarrotan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd