• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Rayu Kesan 2 Warga Malaysia Hilang Di Jakarta

oleh AK-47
05/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LANGAT – Keluarga dua rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang di Jakarta, Indonesia pada 30 Mac lepas merayu supaya pihak berkuasa kedua-dua negara memulakan usaha mengesan mereka secepat mungkin.

Kamarol Arifin Mohamad Darus, 27, dan Mohd. Shafa Ahmad, 29, dilaporkan dilihat kali terakhir ketika berlepas ke Jakarta menaiki pesawat AirAsia pukul 2 petang, 30 Mac lepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di Sepang.

Hamidah Kordi, 65, ibu kepada Kamarol Arifin berkata sebelum ini anaknya tidak pernah gagal memaklumkan keluarga di mana dia berada dan sehubungan itu beliau amat risau sekiranya mereka berdepan “perkara buruk”.

“Sepatutnya anak saya dan kawannya balik (daripada Jakarta) Ahad malam tapi tak balik-balik… hati risau, mana tahu mereka ditimpa kesusahan sebab tak pernah macam ni (tidak memaklumkan tempat dituju),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut Hamidah, sebelum ke Jakarta untuk menonton konsert, Kamarol Arifin dan rakannya itu amat ceria dan dilihat tidak sabar-sabar untuk menjejakkan kaki buat pertama kali ke Indonesia.

Keluarga Rayu Kesan 2 Rakyat Malaysia Hilang Di Jakarta

Kamarol Arifin, seorang penghantar surat dan rakannya, Mohd Shafa, juruteknik di Klang merancang ke Jakarta bersama enam rakan lain namun kedua-dua mereka terpaksa berlepas melalui penerbangan dua jam lebih awal daripada kumpulan itu kerana tiket habis semasa tempahan dibuat Februari lepas.

Bagaimanapun, kumpulan enam rakan itu dilaporkan gagal mengesan Kamarol Arifin serta Mohd Shafa sepanjang berada di Jakarta setelah kedua-dua mereka turut gagal mendaftar di hotel tempat mereka menginap.

Sementara itu, kakak Mohd Shafa, Darwina Ahmad, 32, berkata kedua-dua keluarga telah membuat laporan kepada polis, Wisma Putra dan Jabatan Imigresen pada Isnin lepas apabila mereka gagal pulang ke tanah air seperti dijadualkan.

Menurutnya adik lelakinya itu berpengalaman ke luar negara termasuk atas urusan kerja dan sepatutnya tidak menghadapi masalah berkunjung ke negara jiran kali ini.

“Laporan sudah dibuat dan jika mereka tidak dapat dikesan juga, kami bercadang ke Jakarta bagi mencari mereka berdua,” katanya. – BERNAMA

Tags: HILANG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Syaitan Munafik, Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit...

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

Wanita Dilapor Hilang Selepas Melawat Suami Di Hospital

04/01/2026
0

Shah Alam: Wanita tempatan dilapor hilang selepas melawat suaminya yang dirawat di Hospital Shah Alam (HSA), semalam. Ketua Polis Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd