• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kegiatan Edar Dadah Tumpas, Tahan Sepasang Kekasih

oleh Ahmad Albab
10/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah Kerian dengan penahanan sepasang kekasih serta merampas dadah jenis heroin bernilai RM90,500 di Taman Intan, Parit Buntar, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak, ACP V. R. Ravi Chandran berkata pasangan kekasih berumur 36 dan 34 tahun itu ditahan di tepi jalan di taman berkenaan pada kira-kira 10.30 malam.

“Sepasukan pegawai dan anggota JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Narkotik Kerian telah menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai petani dan seorang wanita tidak bekerja itu di tepi jalan di dalam sebuah kereta Proton Waja disyaki sedang membuat urusan mengedar dadah.

“Polis turut menemukan lapan bungkusan plastik mengandungi dadah jenis heroin anggaran berat 3,620 gram,” katanya pada sidang media di IPK Perak, di sini hari ini.

Beliau berkata hasil semakan mendapati kedua-dua suspek masing-masing mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

“Pihak kami telah memerhati pergerakan mereka ini sejak dua bulan lepas dan kami percaya dadah yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada kira-kira 3,000 orang penagih dadah di sekitar kawasan Kerian,” katanya.

Ravi Chandran berkata pasangan kekasih itu direman selama tujuh hari bermula Jumaat lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, beliau berkata JSJN Perak berjaya merampas pelbagai jenis dadah yang mempunyai nilai keseluruhan RM2 juta sepanjang Januari hingga 31 Mac lepas.

“Seramai 2,640 pesalah atas berbagai kesalahan dadah berjaya ditahan membabitkan tangkapan 2,538 warga tempatan dan 102 warga asing.

“Daripada jumlah itu, seramai 553 orang adalah pembekal, 1,339 orang memiliki dadah dan 748 orang didapati positif urin,” katanya.

Menurut beliau, polis telah merampas 26.64 kilogram (kg) dadah jenis syabu, 78.46 gram dadah ketamin, 1,442 biji pil Erimin 5, 93 biji pil ekstasi, Mitragynine (442.14kg), heroin (9.97kg) dan dadah jenis ganja sebanyak 619.96 gram. – BERNAMA

Tags: Edar Dadah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

ASEAN & Jepun Mahu Mendalamkan Lagi Kerjasama Japan

Next Post

Misteri 2 Sahabat ‘Hilang’ Di Jakarta Akhirnya Terjawab

Related Posts

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

28/01/2025
0

SABAK BERNAM - Seorang warga tempatan dan lapan lelaki warga Taiwan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini pada...

Next Post

Misteri 2 Sahabat 'Hilang' Di Jakarta Akhirnya Terjawab

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd