• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebolehpasaran TVET Lebih Tinggi Banding Akademik

oleh Ahmad Albab
30/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kebolehpasaran lulusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) lebih tinggi berbanding lulusan institut pendidikan tinggi yang memilih bidang akademik, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata berdasarkan statistik tahun lepas, perkembangan kebolehpasaran lulusan TVET adalah antara tujuh hingga lapan peratus setahun mengatasi perkembangan aliran akademik iaitu hanya dua hingga tiga peratus sahaja.

“Kebolehpasaran pelajar Kolej Komuniti ialah 97 peratus, pelajar Politeknik pula 88 peratus manakala universiti biasa hanya 76 peratus… jadi kita lihat perbezaannya di situ.

“Ini akan jadi rangsangan untuk pelajar tidak hanya memilih aliran akademik, tapi boleh juga memilih bidang TVET kerana kedua-duanya ialah aliran perdana… tidak timbul soal pilihan kedua kerana negara memerlukan kedua-duanya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) – Kementerian Pendidikan Tinggi 2016 di sini, malam tadi.

Mengulas penganjuran MAPIM-KPT 2016 itu, Idris yang juga anggota Parlimen Besut berharap ia akan memotivasikan ilmuan dan anggota akademik untuk terus menerbitkan karya berkualiti tinggi untuk mendidik masyarakat.

Beliau berkata MAPIM mempunyai tanggungjawab besar untuk memartabatkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.

“Kini bukan sahaja generasi muda suka membaca bahan penerbitan digital, malah tabiat ini telahpun menular ke generasi pertengahan umur dan warga emas. Justeru, anggota MAPIM juga perlu bersedia menerbitkan bahan ilmiah secara digital.

“Walaupun trend ketika ini, menunjukkan peningkatan pembacaan secara digital, satu kajian yang dijalankan mendapati kepuasan membaca itu lebih tinggi jika seseorang membaca bahan bercetak atau buku fizikal, kedua-duanya bergerak seiring namun paling penting didik masyarakat suka membaca setanding di negara maju,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris JusohTVET
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TVET Bantu Perkasa Tenaga Kerja Malaysia Bagi Industri Pertumbuhan Tinggi – Pakar Ekonomi

TVET Bantu Perkasa Tenaga Kerja Malaysia Bagi Industri Pertumbuhan Tinggi – Pakar Ekonomi

12/09/2025
0

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mesti dilihat sebagai penyelesaian barisan hadapan...

Elemen TVET Diperkenal Kepada Murid Tahun Satu Pada 2027

Elemen TVET Diperkenal Kepada Murid Tahun Satu Pada 2027

14/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan elemen Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bermula dari tahun satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd