Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Gara Gara Nak Hidung...

TIDAK cukup berpuas hati dengan raut wajah jelita yang dimiliki, seorang model Thailand...

“Saya Tidak Setuju Dengan...

KUALA LUMPUR - "Saya tidak sepenuhnya bersetuju dengan kenyataan umum Pengasas Lawyers For...

Pemilihan Agong: Raja-Raja Mula...

SULTAN dan Raja-Raja Melayu mula berangkat tiba di Istana Negara hari ini bagi...

Wanita Ditahan Pasang Jalur...

JOHOR BAHRU - Seorang wanita warga tempatan ditahan kerana dipercayai memasang Jalur Gemilang...

Karikatur Hina: KDN Beri Nanyang Surat Tunjuk Sebab

PUTRAJAYA  – Susulan isu karikatur ‘Akta Monyet’ yang dianggap biadab, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil ketua pengarang akhbar harian Nanyang Siang Pau Sdn. Bhd. hari ini.

Ia berhubung penyiaran karikatur berunsur penghinaan terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merujuk Rang Undang-undang (RUU) 355.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, perbuatan itu mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kerana menggalakkan perasaan niat jahat, perseteruan dan permusuhan.

Ia turut menyemai perasaan kebencian dan prasangka buruk terhadap orang atau kaum lain. Sabtu lalu, Nanyang Siang Pau menerbitkan satu lakaran karikatur dua ekor monyet yang merujuk kepada Abdul Hadi dan Pandikar.

“Ia juga secara tidak langsung seolah-olah mempersendakan institusi Parlimen dan agama Islam kerana RUU 355 yang digambarkan dalam karikatur itu adalah jelas berkait dengan hal ehwal agama Islam itu sendiri.

“Sehubungan dengan isu itu, satu surat tunjuk sebab yang bertarikh hari ini (11 April 2017) dikeluarkan kepada pihak penerbitan akhbar harian Cina berkenaan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

Baca: RUU 355 – Ratusan Berdemo Bantah Karikatur Nanyang

“Penerbit Nanyang Siang Pau Sdn. Bhd. diberi tempoh tiga hari untuk menjawab surat tunjuk sebab ini dan tindakan selanjutnya akan diambil berdasarkan peraturan serta prosedur yang ditetapkan,” kata Alwi.


Karikatur yang disiarkan dalam versi cetak dan online bertajuk ‘Akta Monyet’ menunjukkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai ‘speaker’ manakala seekor lagi memakai serban merujuk kepada Abdul Hadi.

Dua spesies primat tersebut ceria bertenggek di pokok ‘Akta 355’ manakala beberapa ekor monyet lagi digambarkan berkelahi di bawahnya sebagai menggambarkan mereka membantah penangguhan perbahasan RUU 355.

Ia diterbitkan dua hari selepas Abdul Hadi berjaya membentangkan RUU persendirian untuk meminda serta memperkasakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 pada Khamis lalu.

Akhbar berbahasa Mandarin itu bagaimanapun semalam telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan menyatakan karikatur yang disiarkan menerusi laman web berita di eNanyang.my turut telah ditarik balik.

Rentetan itu, kira-kira 300 penyokong PAS berhimpun protes di luar ibu pejabat Nanyang Siang Pau di Petaling Jaya, Selangor pada pagi tadi untuk mendesak KDN mengambil tindakan tegas. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori