• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kami Cari Individu Serius Mahu Jadi Jurulatih Malaysia”

oleh AK-47
06/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas dilihat sukar untuk mencapai kata sepakat dengan Mario Gomez, calon ketua jurulatih kebangsaan, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memutuskan untuk mencari individu lain bagi mengisi jawatan itu.

Tunku Ismail dalam satu kenyataan media hari ini berkata pihaknya akan mencari calon lain yang betul-betul mahu menjadi jurulatih skuad Harimau Malaya, selepas bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dilihat seolah-olah ‘tidak sehaluan’ dengan corak pemikiran baginda.

“Saya dimaklumkan bahawa Mario Gomez menafikan beliau meminta gaji yang tinggi. Kami (FAM) menawarkan USD25,000 kepada beliau tetapi beliau meminta USD45,000. Adakah itu bukan beliau meminta lebih daripada apa yang kami tawarkan?

“Tidak mengapalah. Kami akan cari individu lain yang betul-betul mahu menjadi jurulatih Malaysia,” katanya.

Pada pertemuan bersama ketua pengarang dan editor sukan media tempatan pada Selasa lepas, Tunku Mahkota Johor mendedahkan bahawa Gomez meminta bayaran lebih tinggi daripada yang diperoleh ketika membimbing JDT.

Justeru, Tunku Ismail berkata pihaknya masih mengadakan perbincangan dengan Gomez, memandangkan masalah kewangan yang dihadapi oleh FAM pada ketika ini yang kekurangan dana sebanyak RM40 juta.

Media hari ini pula melaporkan bahawa Gomez menafikan beliau meletakkan harga tinggi untuk menjadi jurulatih Harimau Malaya serta menafikan menamakan jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe sebagai penolong beliau.

Pada Kongres ke-53 FAM, 25 Mac lepas, sejurus disahkan sebagai presiden FAM, Tunku Ismail mengumumkan Gomez selaku jurulatih kebangsaan, manakala Datuk Ong Kim Swee pula diberikan tugas mengendalikan skuad bawah 23 tahun (B23) selepas menyingkirkan Frank Berhandt. – BERNAMA

Tags: FAMTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd