• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kak Pah Punk: BFF Tukang Cerita Obses Fesyen

oleh Ahmad Albab
30/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI persahabatan sukar ditaksir dengan angka material. Orang sekarang menyebutnya sebagai Best Friend Forever (BFF). Ganti istilah Kamcheng atau Close Friend era lampau.

Melepak di pelbagai sudut kehidupan, memberikan kita ruang lebih flesibel untuk mengenal lebih banyak diksi dan karektor dalam paten pergaulan. Justeru, melepak dengan Mat Punk tidak sama dengan melepak dengan Mat Buku, Mat Rock, Mat Politik, Mat Artis atau Mat Broker.

Kak Pah Punk antara lejen punk KL yang sempat dikenali. Nama FBnya Nazirull Mubin. Pada Hari Raya Kedua tahun 2015, kisah sedihnya pulang ke Kota Bharu naik skuter selama 16 jam ada disiarkan di Mynewshub.

Kisah sedih mengenai betapa hancurnya hati Kak Pah Punk. Setelah meredah malam dan siang, apabila sampai di kampung, pintu rumah berkunci. Jadi Kak Pah Punk menitis air mata kerana keluarganya tiada di rumah.

Kak Pah Punk: BFF Tukang Cerita Obses Fesyen

Dia penggemar punk kategori aneh. Foto-foto FBnya menceritanya genre punk yang diminati. Dia bukan dari DNA punk yang mewarisi idea tulen Swastika Neo Nazi yang anti pendatang Asia. Bukan imej Punk dalam imej filem Pariah yang sangat anti kulit hitam.

Kak Pah Punk pecinta fesyen. Idea Punk yang liar dan warna-warni feminis yang rebel mengisi stail punknya.

Kak Pah Punk: BFF Tukang Cerita Obses Fesyen

Kali terakhir jumpa Kak Pah Punk dua tahun sudah. Kemudian menyepi. Terasa kehilangan rakan bual yang autentik dan obses dengan idea revolusi fesyen punk. Dia obses untuk melihat reformasi fesyen punk berubah menjadi lebih dinamik, urban tetapi feminis.

Kak Pah Punk lahir 1986. Melepasi era awal ketika idealisme punk memuncak di UK dengan sentimen Neo Nazi yang anti pendatang Asia dan warna kulit. Punk Neo Nazi muncul menjadi gerakan perkauman baharu yang bersikap rasis pada pendatang Asia dan Afrika. Punk memberontak pada era peniagaan jalanan di UK dikuasai pendatang India dan Pakistan.

Punk pada era Kak Pah Punk kini hanyalah fesyen. Ekspresi diri anak muda warga urban yang dinamik dengan warna dan adunan rekaan fesyen yang mesti fresh dan outstanding.

“Ambe dok sih gaye lamo,” katanya.

Kak Pah Punk ramah dan mesra. Sentiasa berbual dan menjawab setiap pertanyaan. Dia impikan hidup menjadi pereka fesyen, serta memberi impak baharu pada trend punk moderate. Dia anti gaya kuno; baginya punk bukan lagi berimej T-Shirt Fred Perry, menyarung jeans ketat dan boot hitam Dr. Martens.

Kak Pah Punk: BFF Tukang Cerita Obses Fesyen

Punk tidak wajar taksub pada imej neo nazi UK yang sudah lapok dan statik. Imej British First dalam pembelian barangan untuk berfesyen punk tidak lagi relevan untuk orientasi baharu di KL.

“Ambe dok ke situ. Ambe berahi haye hok urban,” katanya: “Ambe nok hok moden.”

Kak Pah Punk adalah imej anak-anak muda generasi deksd kedua alaf baharu yang obses mahukan perubahan. Ketrampilan fesyen jalanan mesti urban dan mewakili warna karektor pecinta fesyen yang dinamik.

Kak Pah Punk: BFF Tukang Cerita Obses Fesyen

“Kena uboh la,” katanya.

Dua tahun tidak bertemu Kak Pah Punk yang aneh, serta tidak melihat perkara-perkara baharu dalam dress up punk, membuatkan dunia fesyen punk terhenti denyutnya. Punk yang ada masih dengan Fred Perry dan jeans ketat. Lebih statik apabila balik-balik kita melihat aksi menggayakan boot Dr. Martens 14 lubang tali. Gaya lama yang beku dan tidak bermobilisasi.

Selamat maju jaya Kak Pah Punk. Anda antara BFF ngopi yang sentiasa punya kisah dan cerita yang membuka minda.

Betullah kata Mat Punk: Punk Will Never Dead!

Tags: FesyenKak Pahpunk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peraga Fesyen Terkini Di Dalam Bilik Persalinan

19/02/2019
0

LONDON - Seorang budak perempuan berusia 12 tahun merakamkan sendiri gambar-gambar yang menunjukkan dia memperagakan pakaian berjenama di dalam bilik...

Bekas Simpan Lipstik Berharga Hampir RM5,000

17/02/2019
0

SANGGUPKAH anda membelanjakan ribuan ringgit demi satu aksesori fesyen sebesar ibu jari tangan sahaja? Mungkin tidak masuk akal buat sesetengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd