Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Adhif Shan, Ahmad Redzuan...

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Shan Abdullah, digantung...

Kadar Jenayah Indeks Di...

SEREMBAN - Kadar jenayah indeks di Negeri Sembilan mencatatkan penurunan sebanyak 5.17 peratus...

APMM Tahan 2 Bot...

KEMAMAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur menahan dua bot...

Kerajaan Belanda Pertahan Kendalikan...

AMSTERDAM - Kerajaan Belanda hari ini menolak gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar...

Jumpa Petanda Baharu Kesan 2 Nelayan Hilang

TANGKAK – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai petanda baharu bagi mengesan dua nelayan tempatan dipercayai hilang ketika keluar memukat ikan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohad Idris Samsuri berkata pihaknya berjaya menjejaki isyarat telefon bimbit yang dibawa oleh seorang daripada mereka, Johari Abu Bakar, 46.

“Pada 10.30 malam tadi, kita dapat kesan isyarat telefon bimbit milik Johari yang berada di kawasan perairan menghala ke utara iaitu di Merlimau, Melaka.”

“Penemuan ini sedikit sebanyak memberi petunjuk baharu kepada pasukan SAR untuk mengecilkan kawasan pencarian,” katanya kepada pemberita di jeti Pengkalan Nelayan Kesang Laut, di sini hari ini.

Mohad Idris berkata bagaimanapun mereka masih belum dapat membuat kepastian sama ada telefon bimbit itu berada pada badan nelayan itu atau telah dihanyutkan ke tempat lain.


Katanya sebelum itu isyarat daripada sebuah lagi telefon bimbit dikesan pada kedudukan 1.1 batu nautika antara Kuala Sebatu, Merlimau, Melaka dengan Sungai Kesang, di sini.

Semalam media melaporkan dua nelayan iaitu Rizalman Baba, 42, dan Johari dikhuatiri hilang ketika memukat ikan apabila bot dinaiki mereka dipercayai dilanda ribut kira-kira 1.5 batu nautika dari pengkalan berkenaan. – BERNAMA

Kategori