• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juara Terbuka India Terkandas Di Terbuka Malaysia

oleh AK-47
05/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pemain perseorangan China, Chen Yufei membuat kejutan dengan menewaskan naib juara Olimpik, Pusarla V. Sindhu di pusingan pertama badminton Terbuka Malaysia di Stadium Perpaduan Negeri Sarawak, Petra Jaya di sini hari ini.

Sindhu, pemain ranking keenam dunia yang baru menjuarai Terbuka India Ahad lepas, menang set pertama 21-18 tetapi gagal meneruskan rentak itu apabila tewas dua set berikutnya 19-21, 17-21 dalam pertarungan 68 minit itu.

Kedua-dua pemain sering kejar-mengejar mata tetapi akhirnya Sindhu terpaksa akur kepada kehebatan pemain muda China itu.

Sindhu ketika ditemui selepas perlawanan mengakui Yufei bermain lebih baik daripada beliau dan berhak untuk menang perlawanan tersebut.

“Saya bermain baik dalam set pertama, tetapi banyak membuat kesilapan pada set kedua yang memberi mata kepada Yufei,” katanya yang mengakui tidak penat atau tertekan sepanjang perlawanan itu.

Sementara itu, Yufei berkata beliau bermain baik hari ini dan tidak banyak melakukan kesilapan berbanding lawannya, sehingga membolehnya membuat kejutan. – BERNAMA

Tags: badmintonPusarla V. Sindhu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd