• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPN Tidak Pernah Lantik Ejen Daftar Dokumen

oleh AK-47
29/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu atau ejen untuk mewakili jabatan itu dalam menjalankan kerja pendaftaran dokumen pengenalan diri di luar pejabat JPN.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Yazid Ramli dalam satu kenyataan hari ini berkata, JPN memohon kerjasama orang ramai untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka ditawarkan dengan perkhidmatan sedemikian

Merujuk kepada laporan akhbar mengenai penjualan dokumen pengenalan diri kepada warga asing, beliau berkata JPN memandang serius laporan berkenaan kerana ia melibatkan sindiket dokumen pengenalan diri utama rakyat Malaysia dan tergolong dalam dokumen keselamatan negara serta dakwaan ketua sindiket pernah bekerja di JPN

Laporan bertajuk “MyKads On The Market” mendedahkan mengenai penjualan MyKad, dokumen kewarganegaraan dan Sijil Kelahiran palsu kepada warga asing oleh sindiket dengan bayaran antara RM4,500 hingga RM10,000.

Mohd Yazid berkata satu laporan polis telah dibuat oleh Pengarah Siasatan dan Penguatkuasaan JPN di Balai Polis Putrajaya hari ini berhubung perkara itu.

Beliau berkata JPN juga sedang mengadakan siasatan dalaman secara terperinci yang meliputi anggota yang disyaki, proses-proses serta hal-hal yang berkaitan dengan sistem yang terlibat.

“Dalam hal ini, JPN tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang didapati menyalahi undang-undang dalam pengeluaran dokumen pengenalan diri baik ianya dari dalam ataupun di luar JPN,” katanya.

Menurutnya, semakan yang dibuat oleh Pengarah JPN Negeri Melaka ke atas sekeping MyKad yang diperolehi dan dua surat permohonan warganegara, didapati kedua-duanya adalah palsu dan tiada dalam rekod jabatan tersebut.

Beliau menegaskan bahawa kesemua permohonan rekod pengenalan diri rakyat Malaysia diuruskan oleh JPN mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa di samping prosedur kualiti yang ketat dan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang selamat.

Beliau juga menasihatkan individu atau institusi yang meragui ketulenan dokumen seperti Sijil Kelahiran, MyKad atau Sijil Kewarganegaraan untuk merujuk kepada JPN untuk semakan data dan pemeriksaan fizikal bagi mengesahkan kesahihan dokumen berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Yazid RamliJPN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kenyataan PAS Mahu Rampas Kedah Bukan Mengejutkan

Next Post

“Kau Kutuk MB Selangor Tapi Nak Kekal Jadi Exco”

Related Posts

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

25/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan dakwaan membabitkan beberapa warga Pakistan memperoleh kad pengenalan biru adalah aduan ditularkan semula....

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

25/07/2024
1

Putrajaya: Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

"Kau Kutuk MB Selangor Tapi Nak Kekal Jadi Exco"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd