• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Ketua Polis Kelantan Selamat Dikebumikan

oleh Ahmad Albab
03/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Jenazah Allahyarham Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Badak di sini, hari ini.

Allahyarham Ab Rahman, 59, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur akibat komplikasi kesihatan termasuk serangan jantung pada 3.45 petang semalam.

Jenazah Allahyarham yang dibawa dengan van jenazah dari Kuala Lumpur, tiba di rumahnya di Jelawat di sini pada 3.30 pagi tadi.

Solat jenazah yang diadakan di Masjid Naim, Jelawat di sini turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, pegawai kanan polis dan penduduk kampung.

Solat jenazah sekali lagi diadakan di Masjid An-Nur Mukim Badak di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Badak pada 9.30 pagi.

Turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan itu ialah isteri Allahyarham, Datin Che Nat Hassan, kesemua tujuh anaknya serta kira-kira 1,000 orang termasuk penduduk kampung.

Sementara itu, Noor Rashid berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat berterima kasih terhadap usaha yang dilakukan oleh Allahyarham khususnya dalam memerangi gejala penagihan dan pengedaran dadah di Kelantan.

Beliau berkata Allahyarham adalah seorang yang amat komited dalam menjalankan tugas dan sampai ke saat akhir beliau masih memberikan perhatian serius terhadap tugasnya.

“Allahyarham memang sentiasa mementingkan kerja malah di saat akhir beliau masih sempat berbincang dengan saya mengenai beberapa perkara tetapi malangnya hasratnya tidak kesampaian,” katanya kepada pemberita di sini.

Mengulas mengenai pengganti Allahyarham, Noor Rashid berkata pihaknya akan melihat siapa yang lebih sesuai dan perkara itu akan dibincangkan kemudian.

Allahyarham dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan pada 18 Julai tahun lepas menggantikan Datuk Mazlan Lazim.

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Shahrizan Ab Rahman, 36, pula mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu membawa pulang dan menguruskan pengebumian jenazah bapanya itu.- BERNAMA

Tags: jenazah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

18/01/2026
0

GEORGETOWN: "Jenazah isteri saya, Allahyarham Nadia Kesuma akan dikebumikan di sana. Kami tak akan bawa pulang jenazah ke tanah air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd