• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jam Kiraan Detik, Masjid Jamek Dibuka Kepada Umum

oleh Ahmad Albab
16/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mercu tanda baharu ibu negara – Jam Kiraan Detik di Dataran Merdeka dan Masjid Jamek yang telah dinaik taraf dibuka semula kepada orang ramai mulai Sabtu.

Menteri Wilayah Persekutan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata dua ikon itu bakal menjadi daya tarikan kepada pelancong, sekali gus mengangkat Kuala Lumpur setanding dengan bandar raya bertaraf antarabangsa.

Menurut Tengku Adnan, reka bentuk moden pembinaan Jam Kiraan Detik pastinya memberi inspirasi kepada peminat seni binaan kerana ia dilengkapi pancuran air yang cantik dan paparan masa.

“Lokasi ini dihiasi landskap yang indah dengan dilengkapi pelbagai kemudahan dan bakal menjadi kawasan rekreasi baharu untuk beristirehat bersama keluarga dan rakan-rakan,” katanya.

Tengku Adnan berkata projek pengindahan kawasan Masjid Jamek pula melibatkan pembinaan ruang solat tambahan berbumbung seluas 4,400 kaki persegi yang mampu menampung 1,000 jemaah dalam satu masa, sekali gus memberi keselesaan untuk bersolat.

Usaha menaik taraf masjid itu yang juga antara masjid tertua di ibu negara adalah bagi menerapkan aspek pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan warisan sejarah negara. – BERNAMA

Tags: Dataran Merdekajam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Himpunan Bantah Trump Laung ‘Free Free Palestin’ Di Dataran Merdeka

Himpunan Bantah Trump Laung ‘Free Free Palestin’ Di Dataran Merdeka

26/10/2025
0

KUALA LUMPUR - 'Free free Palestin' dilaungkan kumpulan peserta Himpunan Bantah Trump di Dataran Merdeka, di sini pada Ahad. Tinjauan...

Polis Giat Kesan Individu Bergaduh Di Dataran Merdeka

Polis Giat Kesan Individu Bergaduh Di Dataran Merdeka

01/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis giat mengesan suspek pergaduhan membabitkan sekumpulan individu sebagaimana tular di Facebook yang dipercayai berlaku di Dataran Merdeka,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd