• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jakim Salur Lebih RM21.5 Juta Kepada Kerajaan Melaka

oleh
08/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperuntukkan lebih RM21.5 juta untuk pembayaran elaun kepada imam, guru takmir, bilal, siak dan guru Kelas Al-Quran serta guru Fardu Ain (KAFA) di Melaka pada tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM15.87 juta diperuntukkan untuk pembayaran imbuhan guru KAFA, RM4.08 juta (imam) dan guru takmir (RM1.56 juta).

Beliau berkata jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada peruntukan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Bajet 2017 Oktober tahun lepas.

“Sebanyak RM149,500 diperuntukkan bagi membayar imbuhan bilal dan siak iaitu masing-masing berjumlah RM75,500 melibatkan 151 bilal dan RM74,000 melibatkan 148 siak.

“Peruntukan ini adalah komitmen kerajaan persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan ia menjadi keutamaan dalam usaha untuk memartabatkan syiar dan syariat Islam,” katanya kepada pemberita selepas majlis Multaqa Murabbi Ummah peringkat negeri Melaka di sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Datuk Yaakub Md Amin dan turut dihadiri Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha.

Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata kerajaan turut memberikan perhatian khusus pada bidang keagamaan dalam menyumbang kepada kejayaan Transformasi Nasional 2050 (TN50) menerusi perlbagai inisiatif yang dilaksanakan secara bersepadu dalam memastikan agenda pembangunan ummah termasuk bidang pendidikan Islam, ekonomi, politik, seni dan budaya serta dakwa berjalan secara tersusun.

Beliau berkata selain itu, kerajaan turut mempekenalkan ‘Manhaj wasatiyyah’ sebagai kerangka dalam pembangunan negara berlandaskan al-Quran dan sunnah bersesuaian dengan budaya masyarakat majmuk di negara ini.

“Hasrat membina bangsa yang bertamadun dengan sahsiah yang terpuji pada tahun 2050 tidak dapat lari daripada acuan pendidikan dan nilai apatah lagi ia akan berdepan dengan cabaran teknologi dan pemikiram dunia hari ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata semua anggota parlimen mempunyai masa yang mencukupi bagi mengkaji dan menilai usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau RUU 355 yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat dua hari lepas.

“Apabila RUU 355 ini ditangguh pada sesi akan datang ia memberi satu isyarat bahawa Speaker memberikan ruang seluas-luasnya kepada semua anggota parlimen pelbagai parti untuk membuat keputusan sama ada bersetuju atau menolak,” katanya.

Katanya sekiranya dipersetujui ia akan diambil alih oleh kerajaan persekutuan bagi proses seterusnya kerana RUU 355 adalah di bawah bidang kerajaan dan bukannya milik individu atau parti politik. – BERNAMA

Tags: Asyraf WajdiJakimMelaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd