Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Akim Hilang Sabar, Gelar...

Peringatan buat mereka yang ambil keputusan nak jadi artis, silalah bersedia dengan emosi...

Dasar Kasut Hitam Kekal,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak akan mengubah...

Apakah Wajar Meninggalkan Bayi...

ALOR SETAR - Apakah wajar meninggalkan bayi yang baharu dilahirkan di mangkuk tandas?...

Polis Johor Pantau 46...

JOHOR BAHARU - Polis akan meningkatkan pemantauan di 46 lokasi yang kerap berlaku...

Jabatan Perikanan Pahang Lepas 1.5 Juta Benih Ikan

KUANTAN – Jabatan Perikanan Pahang melepaskan 1.5 juta ekor benih ikan di semua sungai di negeri ini pada tahun lalu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Shafik Fauzan Sharif.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 20,200 ekor benih ikan termasuk benih udang galah dilepaskan di Sungai Pahang bagi memastikan populasi ikan sungai tidak terjejas.

“Sungai Triang, Sungai Bera dan Sungai Serting malah Tasik Bera merupakan perairan yang termasuk di dalam perancangan Jabatan Perikanan untuk melepaskan benih ikan berdasarkan stok ikan yang dapat dibekalkan mengikut musim yang sesuai,” katanya.

Shafik Fauzan berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-13 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, bagi menjawab soalan Leong Yu Man (DAP-Triang) yang ingin tahu rancangan kerajaan untuk mengatasi masalah ikan sungai yang semakin berkurangan.

Menjawab soalan tambahan Datuk Wan Kadri Wan Mahussin (BN-Bukit Ibam), Shafik Fauzan mengakui bahawa Jabatan Perikanan mengalami masalah untuk membiak beberapa jenis ikan sungai yang ‘tidak mudah dibiakkan’ luar dari habitatnya.

“Antara ikan yang sukar ialah ikan ubi, yang tinggi nilainya tapi sukar untuk dibiakkan. Ikan gahak pula tidak berjaya dibuat pembenihan kerana ikan ini tidak hidup lama di darat menyebabkan jabatan membuat tawaran harga pada ikan gahak yang hidup,” katanya.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Datuk Abu Bakar Harun berkata 17 tapak Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) Fasa 1 melibatkan 3,410 unit rumah telah dan sedang dilaksanakan di negeri ini.

Tapak terlibat ialah Padang Piol, Jerantut melibatkan 26 unit rumah, Selancar 4/5 Rompin (480 rumah), Keratong 4, Rompin (264 rumah), Selendang 2, Rompin (360 rumah), Sungai Koyan, Raub (260 rumah), Sungai Tekam, Jerantut (100 rumah) dan Kampung Awah, Maran (56 rumah), katanya menjawab soalan Syed Hamid Syed Mohamed (PAN-Kuala Semantan).

Tapak-tapak di kawasan lain ialah Sungai Retang, Jerantut (400 rumah), Jengka 1, Maran (110 rumah), Jengka 11, Maran (180 rumah), Kota Gelanggi 2, Jerantut (144 rumah), Chini 3, Pekan (100 rumah), Bukit Tajau, Maran (100 rumah), Jengka 6, Maran (100 rumah), Jengka 12, Maran (50 rumah, Bukit Sagu 1, Kuantan (300 rumah) dan Keratong 7, Rompin (400 rumah). – BERNAMA

Kategori