• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Anti Azan: Jangan Nganga Nanti Daesh Turut Serta

oleh Ahmad Albab
16/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETAKAT ini, pelobi anti azan belum lagi menerima sebarang tindakan sekalipun sudah seminggu mengeluarkan kenyataan mahukan tiap masjid dan surau mendapat kebenaran penduduk sekitar bagi melaungkan azan lima kali sehari.

Pelobi liberal ini berpendirian – azan bukan kehendak Islam. Azan hanya adat dan amalan masyarakat Arab. Malah, mencela ilmuan tempatan berpendidikan Asia Barat sebagai pengimpot budaya Arab.

Kita masih menanti siapa akan mendahului tindakan perundangan. Samada Jabatan Agama Islam Negeri, SKMM, polis atau Jakim. Atau seperti selalu, tindakan NGO membuat laporan polis atau memulakan saman di mahkamah. Di negara ini, dalam banyak kes begini, Islam lebih dilindungi NGO melebihi tanggungjawab pihak berkuasa.

Pelobi anti azan, sudah tentu bertindak sebagai penyokong liberal dan suaranya mewakili suara gerakan liberal. Sesuai dengan kem liberal yang turut diperkuatkan dengan rangkaian peguam, kumpulan ini sudah tentu meneliti aspek undang-undang.

Bahawa kenyataan anti azan yang dilakukan agak sukar dikaitkan dengan mana-mana pertuduhan. Paling tidak, si pelobi dan sekutunya berpegang kepada Perkara 10 Perlembagaan: Kebebasan Bersuara.

Sekiranya ada tindakan: Isu Perkara 10 akan dijadikan sentimen.

Tindakan si pelobi asas biasa dalam permainan poker. Anda menguji kad pertama untuk menyusun strategi selanjutnya. Jika kad pertama tiada cabaran – anda akan meningkatkan taruhan pada kad pusingan seterusnya.

Dan sudah pasti, sekiranya kad pertama mampu menguasai keadaan, taruhan akan lebih drastik dan daring pada pusingan kad seterusnya.

Jadi: Tanpa tindakan sewajarnya, kita yakin akan ada langkah lebih berani dari sekutu pelobi bagi serangan seterusnya. Iaitu: Mendesak penduduk bangkit memprotes laungan azan di kawasan mereka. Pastinya dimulakan di kawasan bilangan tinggi penduduk bukan Islam di petempatan yang terletak 50 meter dari masjid.

Strategi ini sangat mudah. Ia akan memulakan kempen tular di satu kawasan yang majoriti atau miniroti besar penduduknya bukan Islam. Satu kempen pemula yang popular akan menyemarakkan kebangkitan anti azan di seluruh negara.

Kempen ini akan membina gelombang gerakan anti azan dan angka tanda tangan akan menjadi hujah wujudnya sokongan anti azan di kalangan penduduk.

Kempen ini tidak mengharapkan keputusan muktamad. Ia hanya gelombang anti Islam. Gelombang ini penting bagi langkah-langkah seterusnya kerana ia juga perlu bersifat trend setter.

Kempen ini membuka jalan mewujudkan satu modus operandi popular bagi setiap langkah berikutnya apabila pelobi liberal mahu bertindak terhadap apa saja amalan Islam yang boleh dicabar melalui tindakan demokrasi popular.

Jadi persoalannya: Apakah pihak berkuasa faham strategi ini?

Atau masih mengelak atau malas menggunakan kuasa mereka dengan anggapan: Si pelobi tidak perlu dilayan.

Ini bukan soal layan atau tidak. Soalnya kita bertindak bagi mengelakkan si pelobi dan sekutu liberal ini terus mencipta ketegangan berpenjangan apabila tiada tindakan.

Apabila pihak berkuasa tidak bertindak, ia meningkatkan suhu tindak di luar kawalan.

Sudah pasti kita mendoakan supaya isu ini tidak diselesaikan ekstrimis yang turut mahu mencari populariti.

Penjahat juga mahukan populariti apabila pihak berkuasa tidak bertindak.

Dan kalau Daesh dan ekstrimis yang bertindak – tentulah permainan ini jadi bahaya! – MYNEWSHUB.CC

Tags: azanislamliberal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) memperjuangkan Islam 'Rahmatan Lil Alamin' Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Islam 'Rahmatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd