• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Tahu Suami Curang Selepas Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
13/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG isteri hanya mengetahui mengenai kecurangan suaminya selepas lelaki itu terbunuh dalam nahas jalan raya ketika mahu menghantar kekasih gelapnya pulang ke rumah.

Ketika itu, Kadeel Newby, 23, yang juga bapa kepada dua anak, memandu kereta Toyota Yaris dan kemalangan berlaku akibat kenderaan itu dipandu laju.

Ia mengakibatkan kekasihnya, Natasha Gregson tercampak keluar dari tingkap. Kemalangan itu berlaku pada bulan Oktober tahun lepas.

Menurut isterinya, Koretta, 26, dia telah mengahwini suaminya pada 2011 dan menyifatkan perangai suaminya itu sebagai sesuatu yang berbeza berbanding sebelum ini.

Susulan itu, Koretta tidak mahu menilai suaminya berdasarkan kepada hubungan sulitnya selama enam hari dengan Natasha.

Namun disebabkan inkuiri terhadap kematiannya telah diadakan di Greater Manchester, Koretta tidak mempunyai pilihan kecuali terpaksa mendengar segala butiran mengenai hubungan Kadeel dengan Natasha.

Sepanjang inkuiri diadakan, mahkamah dimaklumkan bahawa Kadeel dan Natasha tidak dapat dipisahkan.

Ketika memberikan keterangan, Natasha berkata dia menyangka Kadeel telah berpisah dengan isterinya.

“Saya telah bertemu dengan Kadeel dan dia memberitahu saya bahawa dia telah berpisah dengan isterinya kira-kira lima bulan sebelum kami bertemu dan dia mempunyai dua orang anak.

“Dia selalu menjemput saya dengan Toyota Yaris dan tidak pernah memakai tali pinggang. Saya tidak pernah memandu, dia yang selalu memandu,” katanya.

Sementara Koretta pula berkata, suaminya amat rapat dengan anak mereka dan sering membelikan hadiah kepadanya.

“Dia hanya bertemu Natasha enam hari sebelum kemalangan dan saya diberitahu bahawa wanita ini obses dengan suami saya.

“Saya masih tidak dapat percaya dia telah tiada,” katanya.

Dalam pada itu, koroner Alan Walsh berkata, hanya penumpang kereta itu memakai tali keledar manakala pemandunya tidak memakainya dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan alkohol dalam badan Kadeel melebihi paras yang dibenarkan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: curangSuami Isteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ditinggal Suami Kerana Penyakit, Akhirnya Terbela

Next Post

Bunuh Jong-nam: 2 Wanita Asing Dikawal Ketat

Related Posts

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

11/02/2025
0

KLUANG: Pasangan suami isteri nekad mengejar sebuah kereta dinaiki tiga suspek sejauh dua kilometer selepas penjenayah itu cuba membunuh mereka...

Suami Bakar Kereta Isteri Kerana Sengketa Rumah Tangga

Suami Bakar Kereta Isteri Kerana Sengketa Rumah Tangga

03/02/2025
0

JOHOR BAHRU: Perselisihan faham dalam rumah tangga, disyaki menjadi punca sebuah kereta Toyota Vios disimbah petrol sebelum dibakar dalam kejadian...

Next Post

Bunuh Jong-nam: 2 Wanita Asing Dikawal Ketat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd