• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Ibu Segala Bom’ Di Dunia Cuma 36 Militan Daesh Maut

oleh
15/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KABUL – Entah di manakah silapnya, bom bukan nuklear terbesar di dunia dilancarkan oleh pihak tentera Amerika Syarikat (AS) di timur Afghanistan hanya mampu membunuh 36 militan Daesh.

Berita cukup memalukan itu disahkan oleh sumber pegawai tentera tempatan yang tidak didedahkan identitinya kepada agensi berita antarabangsa AP di sini pada Jumaat susulan pengeboman daerah Achin di wilayah Nangarhar.

Semalam, dunia digemparkan dengan kejayaan tentera AS mengugurkan bom GBU-43/B dengan kod rujukan iaitu Massive Ordnance Air Blast (MOAB) atau nama lainnya ialah Mother Of All Bombs (Ibu Kepada Segala Bom).

Pengeboman dari sebuah pesawat tentera MC-130 jenis Hercules itu berlaku pada 7.32 malam waktu tempatan (10.32 malam waktu Malaysia) Khamis. Dianggarkan ada kira-kira 700 anggota Daesh di sekitar kawasan tersebut.

Baca: AS Gugur Bom Bukan Nuklear Terbesar Di Afghanistan

Dengan memiliki berat kasar kira-kira 10,000 kilogram dan panjangnya sahaja hampir 10 meter, bom saiz mega itu sebenarnya pernah diuji sebanyak dua kali pada 2003 lalu di sebuah pangkalan tentera udara AS di Florida.

Dalam pada itu, penduduk kampung di kawasan pedalaman dan pergunungan sekitar tempat pengeboman dekat dengan sempadan Pakistan, memberitahu wakil media mengenai bunyi letupan yang amat menggerunkan mereka.

Serangan yang menggunakan bom terbesar itu disasarkan ke atas kompleks terowong kumpulan militan Daesh di kawasan pergunungan tersebut dan dikenal pasti merupakan kubu kuat pertahanan pihak pengganas berkenaan.

Sebelum kemunculan Daesh, AS dan tentera kerajaan Afghanistan bertempur dengan pihak pemberontak Taliban selama lebih 15 tahun sejak kejatuhan rejim komunis di negara Asia itu pada 1992. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Amerika SyarikatDaesh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd