• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hoki Kelantan Perlu Kemuka Permohonan Bantuan

oleh AK-47
18/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan negeri meminta Persatuan Hoki Kelantan mengemukakan permohonan mendapatkan bantuan serta cadangan bagi memperkasakan sukan hoki di negeri itu untuk diteliti Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri.

Pengarah Urusetia Belia dan Sukan Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata permohonan itu perlu bagi mereka merangka peruntukan, perancangan dan keperluan lain bersesuaian dengan dasar serta kemampuan kerajaaan negeri.

“Persatuan Hoki Kelantan perlu buat kertas dasar bagaimana kerajaan negeri dapat membangunkan sukan ini seperti bola sepak dan sukan lain,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Bernama semalam melaporkan Setiausaha Kehormat Persatuan Hoki Kelantan, Hasnizam Hassan menggesa kerajaan negeri membantu pembangunan sukan itu di negeri ini kerana ia semakin mendapat tempat di hati masyarakat terutama golongan remaja.

Hasnizam dipetik sebagai berkata setakat ini persatuan itu hanya bergantung kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan, Konfederasi Hoki Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dalam penyediaan infrastruktur, program pembangunan atlet dan penganjuran kejohanan. – BERNAMA

Tags: hoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd