• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hina Sultan: Polis Buru Pemilik Akaun Facebook

oleh AK-47
11/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu sedang mengesan pemilik dua akaun Facebook yang didapati telah mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan ke atas Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang kini tular di media sosial.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata pihaknya yang memandang serius tindakan itu akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan pemilik sebenar akaun laman sosial itu.

“Penularan tersebut dikesan sejak petang semalam dan usaha mengesan suspek sedang dilaksanakan…kita tidak akan berkrompromi dengan mereka yang didapati berbuat demikian,” katanya kepada Bernama.

Difahamkan setakat ini, pihak polis telah menerima dua laporan mengenai perkara itu termasuk daripada wakil media.

Rosli dalam pada itu berkata maklumat awal mendapati seorang daripada pemilik akaun Facebook itu adalah penuntut di sebuah universiti di Syria dan seorang lagi adalah remaja berasal dari Dungun.

Katanya, polis akan melakukan siasatan mengikut Seksyen 233 (2) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

“Ini bukan kali pertama perkara seperti ini berlaku jadi kita memandang serius sekali gus dapat memberi pengajaran dan peringatakan kepada orang ramai supaya tidak terus mengulangi kesilapan yang sama,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hina Sultan Terengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd