• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hentikan Provokasi Negatif Terhadap Pusat Tahfiz

oleh AK-47
29/04/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia meminta semua pihak termasuk orang ramai menghentikan segala provokasi negatif kepada institusi tahfiz di negara ini berikutan kes kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, Rabu lepas.

Presidennya Manolito Mohd Dahlan berkata tindakan seperti itu adalah tidak adil kerana ia seolah-olah menghukum ke semua madrasah tahfiz di seluruh negara .

“Kami bersimpati dan sedih di atas peristiwa menimpa Mohamad Thaqif Amin. Ia adalah yang pertama berlaku sejak kewujudan institusi tahfiz di negara ini pada tahun 1966. Biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan yang sewajarnya dalam kes berkenaan.

“Kes itu tidak wajar menjadi sebab untuk pihak tertentu mendesak kerajaaan menutup madrasah tahfiz dengan alasan pendidikan tahfiz punca kemunduran, kejahatan serta penggalak keganasan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir wakil -wakil daripada Persatuan Institusi Tahfiz Selangor, Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Johor, Majlis Huffaz Kedah dan Persatuan Usahawan dan Pengurusan Islam Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau berkata sehingga kini terdapat 941 madrasah tahfiz membabitkan lebih 10,411 kakitangan dan 100,000 pelajar di seluruh negara.

Mohamad Thaqif Amin, 11, yang dijadual menjalani pembedahan untuk memotong tangan kanannya meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, Rabu lepas. Pelajar madrasah tahfiz swasta di Kota Tinggi itu sebelum ini dipotong kedua-dua belah kakinya hingga paras peha akibat jangkitan kuman, Jumaat lepas.

Kisah pelajar itu yang dimasukkan ke HSI menjadi tular di media sosial selepas mengalami kecederaan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas dikatakan akibat dipukul oleh pembantu warden madrasah itu.

Dalam pada itu, Manolito juga meminta orang ramai supaya tidak memandang serong dan tersalah anggap kononnya sistem pendidikan di madrasah tahfiz lebih mengutamakan hukuman yang keras.

“Biarlah polis menyiasat dengan teliti kes tersebut. Hentikan spekulasi dan provokasi yang tidak menguntungkan Islam,” katanya. – BERNAMA

Tags: Manolito Mohd Dahlan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd