• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadiahkan Nora Quran: ‘Moga Allah Temu Kita Di Syurga’

oleh AK-47
02/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENAP seminggu sudah komposer terkenal, Johan Nawawi yang juga merupakan suami kepada penyanyi, Nora Ariffin, kembali ke rahmatullah.

Hadiahkan Nora Quran: 'Moga Allah Temu Kita Di Syurga'

Dalam tempoh ini, pastinya Nora sedang cuba menyesuaikan diri menerima kenyataan bahawa insan yang tercinta itu telah pun pergi mengadap Ilahi.

Mengimbas kembali detik indahnya bersama Johan, Nora sebentar tadi memuat naik gambar senaskhah kitab Al-Quran yang merupakan peninggalan Allahyarham buat dirinya.

Hadiahkan Nora Quran: 'Moga Allah Temu Kita Di Syurga'

Pada masa yang sama, Nora turut berkongsi titipan nukilan Allahyarham yang ditulis khas buatnya di dalam Al-Quran tersebut.

“Assalamualaikum buat isteriku yang dikasihi. Semoga Allah menemukan kita di syurga InshaAllah.

“Terima kasih kerana menjadi isteri, kekasih dan ibu yang mithali. Love you always,“ tulis nota yang ditulis pada 24 April 2010.

Ungkapan penuh syahdu Johan itu lantas menarik perhatian ramai, yang memahami perasaan Nora berhadapan ujian seberat ini.

Dalam posting itu, Nora turut menyatakan hadiah tersebut merupakan sebagai antara yang paling bermakna pernah diterima dari Allahyarham.

“Seminggu sudah berlalu. Keperitan sukar digambarkan…. Allah saja yang tahu.

“Semuga Abang tenang di sana, di taman- taman syurga bersama orang-orang beriman. Orang baik, perginya juga baik.

“Abang… adamu menyenangkan dan membahagiakan… Pergimu amat menyedihkan…In Shaa Allah, bertemu di syurga,” tulis Nora.

Allahyarham meninggal dunia minggu Jumaat lalu akibat serangan sakit jantung. – MYNEWSHUB,CC.

Tags: JohanNora Ariffin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dipaksa Cerai Isteri Pertama, Suami Nora Jawab Dakwaan

05/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Ketika sedang meraikan musim yang indah selepas bergelar isteri, ujian datang menghimpit penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin dan...

“Rindu Tak Terkata… Dia Tak Pernah Mati” – Nora Ariffin

25/09/2018
0

PENYANYI Nora Ariffin memberitahu perasaan rindu terhadap Allahyarham suaminya, Johan Nawawi masih menebal meskipun arwah sudah meninggalkan mereka kira-kira setahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd