• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Melayu Fasih Mandarin Tidak Ajar Di Sekolah Cina

oleh
21/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan menafikan khabar angin yang tular konon ratusan guru Melayu fasih bahasa Mandarin akan mengambil alih tugas guru Cina di sekolah aliran Tionghua.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Senator Datuk Chong Sin Woon berkata, guru-guru Melayu yang terlatih dalam bahasa tersebut sebenarnya bakal dihantar ke pelbagai sekolah kebangsaan, dan bukan untuk sekolah Cina.

Menurut laporan akhbar The Star, beliau menjelaskan bahawa sekolah jenis kebangsaan Cina di seluruh negara tidak terjejas dalam apa keadaan sekalipun kini berdepan isu kekurangan ratusan guru yang fasih bahasa Mandarin.

Sin Woon mengulas penularan mesej dan rakaman video menerusi media sosial baru-baru ini yang mendakwa pihak Kementerian Pendidikan secara senyap telah menghantar ratusan guru bukan kaum Cina untuk belajar Mandarin.

Visual video tersebut turut memaparkan sekumpulan guru berbangsa Melayu dari Malaysia kelihatan mampu bercakap bahasa Mandarin dengan begitu fasih dalam suasana perdebatan di Beijing, China, lapor The Star lagi.

Kapsyen dalam video itu menyatakan bahawa guru tersebut sedang dilatih di sebuah pusat pengajian tinggi di negara berkenaan dan tidak lama lagi akan memenuhi banyak sekolah Cina apabila mereka kembali ke Malaysia.

Rakaman video tersebut mendakwa kononnya mereka bakal mengambil alih peranan guru Cina dan pada masa sama akan “hapus” kewujudan sekolah aliran Cina apabila ia diubah pula menjadi sistem sekolah kebangsaan.

Mesej berbaur jahat itu juga mendakwa, guru-guru bukan Cina tersebut akan kemudian dilantik menjadi guru besar pada masa depan di sekolah Cina kerana mereka lebih layak dari segi merit berbanding guru Cina tempatan terlatih.

The Star turut memetik Sin Woon sebagai menegaskan bahawa: “Guru-guru Melayu yang fasih berbahasa Mandarin itu tidak akan dihantar ke sekolah Cina sebaliknya ditempatkan di mana-mana sekolah kebangsaan terpilih.”

Beliau seterusnya menggesa masyarakat supaya berhati-hati dengan berita yang belum disahkan itu. Ketika ini sekolah Cina di seluruh negara mengalami kekurangan seramai 347 guru akibat persaraan wajib dan pilihan.

Sementara itu, Sin Woon dipetik sebagai berkata bahawa kementerian itu, bersama-sama dengan 13 organisasi pendidikan Cina, telah melancarkan aktiviti untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah aliran Cina.

Antaranya ialah Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong), Persekutuan Persatuan Cina (Hua Zong) dan Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong).

Ini termasuk bengkel bantu guru menyediakan bahan pelajaran, kempen kesedaran ibu bapa terhadap pendidikan bukan peperiksaan dan program pemupukan budaya baca dalam kalangan pelajar. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: cinaMandarin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kisah Ketam Melayu Dalam Bola Sepak Malaysia

02/02/2022
0

Ini bukan cerita rasis. Ini cuma sebuah cerita yang masih jadi sebutan hingga hari ini. Cerita antara Ketam Melayu dan...

Tak Mengaku Salah Tendang Wanita Penghantar Makanan

21/05/2020
0

PETALING JAYA - Lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, terhadap dua tuduhan mencederakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd