Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Isu Laut: China Marah,...

BEIJING - China, hari ini berkata ia buat ‘kenyataan tegas’ dengan Amerika Syarikat...

Kerjasama TH, STC Mudahkan...

MADINAH - Tabung Haji (TH) menjalinkan kerjasama dengan syarikat ​​​​​Saudi Telecommunications Company (STC) bagi memberi kemudahan perkhidmatan kad sim prabayar...

Integrasi Ekonomi Secara Wilayah...

KOTA KINABALU - Sabah perlu mengintegrasi ekonominya secara wilayah dengan kawasan di...

Pemain Dram Flop Poppy...

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib bekas pemain dram...

Gred ‘E’ UPSR Bukan Bermaksud Gagal – Mahdzir

KUALA LUMPUR – Pelajar yang memperoleh keputusan gred ‘E’ dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bukan bermaksud mereka gagal dalam mata pelajaran tersebut.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, gred itu menunjukkan mereka tidak mencapai tahap minimum penguasaan bagi subjek tertentu di dalam kelas dan perlu meningkatkan usaha bagi memastikan mereka berjaya menguasai sepenuhnya subjek yang dipelajari.

“Pencapaian gred dalam UPSR mempunyai skala daripada ‘A’ hingga ‘E’. Gred ‘E’ bukanlah bermaksud mereka gagal dalam sesebuah mata pelajaran itu sebaliknya pelajar masih tidak menguasai sepenuhnya mata pelajaran tersebut.

“Ia hanya menunjukkan bahawa pelajar tersebut tidak mencapai tahap minimum dalam keputusan bagi sesebuah subjek di peringkat sekolah rendah.

“Jadi dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai, usaha perlu ditingkatkan bagi memperoleh keputusan yang cemerlang,” katanya pada Persidangan Dewan Negara hari ini.


Beliau menjawab soalan tambahan Senator Khairul Azwan Harun mengenai kekeliruan ibu bapa yang mempersoalkan status gred ‘E’ yang diperoleh anak mereka dalam keputusan UPSR. – BERNAMA

Kategori