• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerai Makanan Jalanan Di Bangkok Tidak Diharamkan

oleh AK-47
21/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Gerai makanan jalanan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan harian di Bangkok tidak akan diharamkan di bandar itu, kata Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand Kobkarn Wattanavrangkul, lapor agensi berita China Xinhua.

“Saya beri jaminan tiada sebarang larangan kepada penjual makanan jalanan kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita,” kata Kobkarn pada sidang akhbar.

Sebelum ini, media melaporkan pihak berkuasa Thailand mengarahkan penjaja di 431 lokasi seluruh Bangkok menutup operasi mereka bagi memudahkan aliran lalu lintas dan meningkatkan tahap kebersihan.

Sementara gerai di jalan di Yaowarat Road atau Chinatown dan Khao San yang terkenal di Bangkok akan dinaik taraf.

Laporan media juga menyatakan pada tahun ini Pentadbiran Bandar Bangkok (BMA) akan mengharamkan gerai makanan jalanan di 50 daerah di Bangkok untuk memastikan kebersihan dan keselamatan ibu kota itu.

“BMA hanya mengarahkan beberapa gerai menghentikan operasi di beberapa kawasan tertentu selaras dengan dasar,” kata Kobkarn kerana adalah menjadi tanggungjawab penjual memastikan gerai mereka memenuhi piawaian kebersihan.

Terdapat segelintir peniaga membuang air ke jalan, tidak memakai sarung tangan oleh itu mereka diarahkan untuk mengikut peraturan kebersihan ditetapkan, katanya.

Pada sidang akhbar buku panduan Michelin Guide Bangkok pada Jumaat, kedua-dua pihak Michelin dan Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand menyatakan makanan jalanan merupakan satu daya tarikan di Bangkok.

BMA akan menyediakan khidmat sokongan dan nasihat kepada penjual makanan jalanan sebagai usaha membantu mereka meningkatkan tahap kebersihan, keselamatan makanan dan mematuhi prosedur pengurusan sisa yang betul.

Makanan jalanan di Bangkok lebih murah berbanding restoran dan sangat terkenal dalam kalangan pelancong antarabangsa. – BERNAMA

Tags: bangkokgerai makananKobkarn Wattanavrangkul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Kondominium Di Bangkok Diisytihar Tidak Selamat Selepas Gempa Bumi

6 Kondominium Di Bangkok Diisytihar Tidak Selamat Selepas Gempa Bumi

29/03/2025
0

BANGKOK - Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) telah mengisytiharkan enam kondominium yang mengalami kerosakan teruk sebagai tidak selamat untuk didiami susulan...

Rakyat Malaysia Ditahan Di Bangkok Dalang Sindiket Ubah Wang Haram Lebih RM652.8 Juta

Rakyat Malaysia Ditahan Di Bangkok Dalang Sindiket Ubah Wang Haram Lebih RM652.8 Juta

19/12/2024
0

BANGKOK: Polis Thailand percaya yakin berjaya membanteras sindiket penipuan utama yang mendalangi kegiatan pengubahan wang haram lebih 5 bilion baht...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd