• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng 24: 18 Suspek Disambung Reman Tiga Hari

oleh Ahmad Albab
24/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Seramai 18 individu termasuk 13 pelajar disambung reman selama tiga hari bermula esok bagi membantu siasatan penglibatan mereka dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap Geng 24.

Majistret Nor Asma Ahmad mengeluarkan perintah reman itu di Mahkamah Majistret di sini terhadap kesemua suspek yang sebelum ini direman selama empat hari yang berakhir hari ini.

Kesemua 18 individu yang disambung reman itu berusia 16 hingga 25 tahun dan ada antara mereka bekerja sebagai mekanik dan pengawal keselamatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan kesemua mereka diwakili peguam Gerard Lazarus.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat dilapor berkata kesemua mereka ditahan di sekitar Klang dalam operasi Cantas Khas minggu lepas sebaik sahaja rakaman video menunjukkan mereka menimbulkan kekecohan di luar sebuah sekolah menjadi tular di media sosial.

Fadzil berkata video itu antara lain menunjukkan sekumpulan lelaki membawa sepanduk yang tertera angka ’24’ dan dalam kalangan mereka ada yang berpakaian dengan lambang swastika yang berunsurkan kongsi gelap.

Terdahulu, berlaku sedikit kekecohan antara petugas media dan keluarga suspek di luar perkarangan mahkamah yang mana ada antara mereka memarahi dan cuba menghalau petugas media daripada membuat liputan kes reman itu . – BERNAMA

Tags: Geng 24
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kongsi Gelap: Ahli Perniagaan Bergelar ‘Datuk’ Didenda RM5,000

05/12/2019
0

KULAI - Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menjadi...

52 Remaja Geng 24 Didakwa Sertai Perhimpunan Haram

08/05/2017
0

KLANG - Seramai 52 remaja dipercayai terbabit dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap Geng 24 dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd