• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Selama 12 Jam Di 15 Kawasan P.Pinang

oleh AK-47
25/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kira-kira 24,000 penduduk di Permatang Damar Laut dan Batu Maung di sini akan mengalami gangguan bekalan air selama 12 jam bermula 9 pagi pada 29 April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Datuk Ir. Jaseni Maidinsa berkata gangguan itu disebabkan penutupan sementara saluran paip 600mm ke kawasan itu bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan dilaksanakan.

“Sebanyak lapan pengalihan saluran paip air akan dilaksanakan untuk membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan sedia ada oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada Sabtu ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Antara kawasan terjejas ialah Residence South Bay, Kampung Batu Maung, Lengkok Batu Maung dan kawasan berdekatan, Taman Sunway Mutiara, Taman Bidara, Medan Batu Maung dan kawasan berdekatan.

Turut terjejas ialah Taman Sunway Tunas Jaya, Taman Gembira, Taman Sri Bayan, Taman Sunway Cassia, Taman Desa Wangsa, Kampung Permatang Damar Laut, Perumahan Kluster Permatang Damar Laut, Permatang Tepi Laut dan Kawasan Perindustrian Diamond Valley.

Sehubungan itu, Jaseni menasihatkan pengguna supaya menyimpan air secukupnya untuk kegunaan semasa gangguan itu. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

22/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mendakwa beliau merupakan 'bukti hidup' DAP sebuah parti untuk rakyat Malaysia. Menurutnya, ramai...

PRN Negeri Sembilan: Nga Kor Ming Kurang Menonjol?

PRN Negeri Sembilan: Nga Kor Ming Kurang Menonjol?

22/07/2026
0

SEREMBAN – Beberapa watak besar Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini begitu lantang sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd