• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felda United Mahu Pastikan Tiga Mata – Sathianathan

oleh Ahmad Albab
03/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Wakil negara, Felda United FC mahu memastikan kemenangan bagi meningkatkan moral pasukan apabila menentang Ceres Negros dari Filipina dalam saingan Kumpulan G Piala AFC di Stadium Shah Alam, esok.

Ketua jurulatih naib juara Liga Super 2016 itu, B. Sathianathan percaya pemainnya mampu menampilkan saingan hebat bagi memastikan tiga mata berharga di gelanggang sendiri.

“Jika kami menang esok, ia mampu meningkatkan semangat pasukan dan kami boleh melonjak ke tangga ketiga atau kedua dalam Kumpulan G.

“Apa yang lebih penting, ia akan meningkatkan keyakinan pemain termasuk bagi saingan Liga Malaysia nanti,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini hari ini.

Bagi perlawanan esok, Felda United dijangka dapat menurunkan barisan utamanya kecuali ketua pasukan, Shukor Adan yang mengalami kecederaan belakang dan pemain import dari Argentina, Lucas Cano yang menjalani penggantungan.

Sementara itu, ketua jurulatih Ceres Negros, Risto Vidakovic menjangkakan perlawanan yang sengit esok selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dalam pertemuan pertama di Bacolod, Filipina, bulan lalu.

“Sudah tentu kami akan melakukan rombakan kerana ini permainan berbeza di gelanggang berlainan. Kami sudah tahu kemampuan Felda selepas pertemuan pertama dan saya berani katakan ia pasti permainan sukar untuk kedua-dua pasukan esok.

“Semua empat pasukan dalam kumpulan ini adalah kuat dan anda boleh lihat kutipan mata yang tidak jauh antara pasukan teratas dan tercorot yang hanya dipisahkan dengan tiga mata,” katanya.

Satu lagi perlawanan Kumpulan G adalah antara kelab dari Vietnam, Hanoi FC yang menentang Tampines Rovers di Singapura, esok. – BERNAMA

Tags: Felda United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pahang Hargai MFL Tunda Perlawanan Liga Super

23/05/2019
0

KUANTAN - Pasukan Pahang menghargai tindakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menangguhkan perlawanan Liga Super berdepan Felda United di Kuantan...

Kesilapan Mudah Punca Felda United Diratah Melaka United

16/09/2018
0

MELAKA — Terkejut, itu reaksi Ketua Jurulatih Felda United, B. Sathianathan selepas melihat pasukannya diratah 1-6 oleh Melaka United pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd