Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Pakatan Harapan Minta Siasat...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan berpakat meminta bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd...

Sukan Asia: OCA Pilih...

INCHEON - Perhimpunan Agung Majlis Olimpik Asia (OCA), hari ini meluluskan keputusan pemimpinnya...

Keluarga Allahyarham Datin Habibah...

BATU PAHAT - Keluarga kepada isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah...

Walau Di Bilik Rahsia,...

IPOH: Seramai 117 pelacur dan gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan Jabatan Imigresen (Imigresen)...

Felda United Mahu Cari Pemain Import Baharu

MARAN – Felda United akan mendapatkan pemain import baharu ekoran persembahan hambar yang menyaksikan mereka dihukum kelab daripada Singapura, Tampines Rovers dengan kekalahan 1-3 pada saingan Kumpulan G, Piala Konfederasi Asia (AFC) di sini malam tadi.

Ketua Jurulatihnya B. Sathianathan berkata tindakan tersebut bakal diambil ketika jendela perpindahan pemain yang dijadualkan antara 15 Mei hingga 11 Jun depan tamat.

“Kita lihat pemain import yang ada dalam pasukan kini tidak beraksi dengan baik dalam perlawanan mentang Tampines Rovers malam ini (malam tadi).

“Malah pemain tempatan kita mempamerkan permainan yang lebih menyerlah dan berkualiti berbanding mereka.

“Dengan itu saya mengambil keputusan untuk mendapatkan tiga pemain import yang baharu pada musim perpindahan nanti untuk menguatkan Felda United,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan antara kedua-dua pasukan.

Sathianathan berkata perkara itu akan dimaklumkan kepada pihak pengurusan dan pengambilan itu tidak semestinya memerlukan kos besar bagi mendapatkan pemain import yang baik.

Mengenai perlawanan malam tadi, beliau berkata pasukan lawan telah menunjukkan aksi lebih bertenaga, agresif dan tangkas berbanding anak buahnya.


Pengendali Tampines Rovers, Jurgen Raab pula berkata skuad bimbingannya turun beraksi dengan begitu baik meskipun menghadapi tekanan untuk mencatat kemenangan.

“Pemain kami berhak ke atas kemenangan ini kerana mereka telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.

“Mereka juga memberi reaksi yang baik terhadap perlawanan ini untuk mencipta jaringan menerusi peluang yang diperolehi.

“Oleh itu saya amat gembira dan ia juga menghidupkan kembali peluang kami untuk meneruskan kemaraan pada kejohanan ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori