• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felda United Azam Raih 3 Mata Untuk Terus Mara

oleh Ahmad Albab
18/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Ketiadaan lima pemain utama termasuk ketua pasukan, Shukor Adan bukan alasan untuk Felda United tidak meraih tiga mata apabila menentang Tampines Rovers di halaman sendiri dalam saingan Kumpulan G Piala AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia), esok.

Pengendali Felda United, B. Sathianathan berkata kemenangan yang diidamkan itu perlu dijelmakan bagi memastikan skuad The Fighters mampu mengorak langkah lebih jauh dalam kejohanan tersebut.

“Apa yang kita mahukan ialah mencatat kemenangan bagi mendapat tiga mata. Ini kerana kita sekarang berada di tangga kedua dan berpeluang memperbaiki kedudukan dan mara lebih jauh,” katanya pada sidang media di Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Jengka di sini hari ini.

Menurutnya lima pemain utama yang cedera berkemungkinan tidak dapat diturunkan tetapi menjelaskan skuad itu mempunyai barisan simpanan yang berkualiti.

Selain Shukor, empat pemain lain adalah Syahid Zaidon, Mootaz Jounaidi, Stewart Wark dan Wan Amirul Afiq.

Pada masa sama, Sathianathan mengharapkan sokongan penyokong terutama warga Felda kerana ia mampu meningkatkan moral dan semangat pemain untuk beraksi lebih cemerlang.

Sementara itu, pengendali Tampines Rovers, Jurgen Raab berkata pasukannya tiada pilihan selain memastikan kemenangan kerana kekalahan kepada tuan rumah akan mengakibatkan mereka tersingkir daripada saingan Piala AFC musim ini.

“Kami hanya memiliki tiga mata dan menghuni tangga tercorot. Ini ialah aksi penentuan dan kami mahukan kemenangan.

“Kejayaan menewaskan Felda United di tempat mereka pastinya memberi kelegaan kepada kami,” katanya.

Felda United kini berada di tangga kedua dengan lima mata selepas mengharungi empat perlawanan manakala Tampines Rovers menghuni kedudukan terakhir dengan tiga mata.

Perlawanan malam esok merupakan kali pertama dilangsungkan di STAR selepas rayuan Felda United untuk beraksi di gelanggang sendiri diterima AFC.- BERNAMA

Tags: Felda United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pahang Hargai MFL Tunda Perlawanan Liga Super

23/05/2019
0

KUANTAN - Pasukan Pahang menghargai tindakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menangguhkan perlawanan Liga Super berdepan Felda United di Kuantan...

Kesilapan Mudah Punca Felda United Diratah Melaka United

16/09/2018
0

MELAKA — Terkejut, itu reaksi Ketua Jurulatih Felda United, B. Sathianathan selepas melihat pasukannya diratah 1-6 oleh Melaka United pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd