• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan SEA 2017: Fatin Tekad Kekalkan Kecemerlangan

oleh AK-47
19/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemanah compound wanita negara, Fatin Nur Fatehah Mat Salleh bertekad untuk mengekalkan momentum kecemerlangannya pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos ini.

Atlet kelahiran Kota Kinabalu, Sabah, itu mengakui pencapaian satu pingat emas dan dua perak yang diraihnya pada edisi pertama Kejohanan Memanah Universiti Asia di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, minggu lepas, menjadi pembakar semangat untuknya meneruskan kecemerlangan pada temasya Sukan SEA.

“Saya sudah bersedia menghadapi Sukan SEA, tetapi kita perlu perbaiki kekuatan mental yang menjadi faktor utama kejayaan seseorang atlet.

“Berdasarkan pengalaman dalam beberapa kejohanan luar sebelum ini, kekuatan mental menjadi penentu kejayaan seseorang pemanah tersebut,” katanya pada sidang media Program Kita Juara acara memanah di sini, hari ini.

Ditanya mengenai pencabar baharu di peringkat ASEAN, pemenang tiga pingat emas Sukan SEA Singapura 2015 itu, menjelaskan pemanah Indonesia, Vietnam dan Filipina semakin menunjukkan prestasi cemerlang dalam beberapa kejohanan antarabangsa sejak kebelakangan ini.

Dalam pada itu, Fatin Nur Fatehah tidak meletakkan sasaran khusus apabila membuat penampilan sulung pada pusingan pertama Kejohanan Memanah Piala Dunia di Shanghai, China dari 16 hingga 21 Mei ini.

Beliau, sebaliknya mengakui penyertaan beliau dalam kejohanan tersebut penting bagi menimba pengalaman sebanyak mungkin bersaing dengan pemanah terbaik dunia terutama dari Korea Selatan sebelum menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur.

Sementara itu, jurulatih compound negara, Muhammad Zaki Mahazan berkata beliau mewujudkan sistem pemarkahan bagi mencari keserasian dalam kalangan pemanah baharu bagi memastikan jurang antara mereka dan pemanah sedia ada tidak jauh berbeza.

“Tiga pemanah terbaik dalam acara lelaki dan wanita sudah saya ketahui, cuma pemanah keempat dan kelima, kita belum nampak kekuatan mereka.

“Kita ada buat sistem pemarkahan untuk menilai prestasi mereka sehingga Julai kerana hanya empat atlet lelaki dan wanita sahaja akan terpilih mewakili negara ke Sukan SEA,” kata Muhammad Zaki. – BERNAMA

Tags: memanahSukan SEA 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Laporan Audit: Sukan SEA 2017 Lemah Pengurusan Perolehan

02/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Penganjuran Temasya Kuala Lumpur 2017 secara keseluruhannya dilaksanakan dengan cemerlang, namun terdapat beberapa kelemahan berkaitan perancangan dan...

Laluan Jadi Pemanah Tradisional Ke-2 Terbaik Dunia

27/12/2018
0

PETALING JAYA - Siapa sangka, bermula dengan baucar latihan percuma bernilai RM100, pemanah tradisional remaja Lee Jin Ming kini bergelar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd