• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Lunas Hutang RM9 Juta 24 Pasukan Liga M

oleh
08/04/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengeluarkan wang simpanannya sendiri bagi melunaskan hutang yang ditanggung 24 pasukan Liga-M berjumlah RM9 juta.

Menurut laporan portal mStar, Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, langkah kecemasan itu diambil untuk memastikan pasukan Liga-M mampu menyelesaikan hutang terutama isu tunggakan gaji pemain.

Keputusan dramatik di luar jangkaan itu menyaksikan sejumlah 12 pasukan Liga Super bakal menerima sebanyak RM500,000, manakala 12 pasukan Liga Premier pula dijangka mendapat RM250,000 setiap pasukan.

“Kita mahu pasukan-pasukan dalam kedua-dua liga ini dapat menyelesaikan segala bayaran yang tertunggak kepada pemain mereka sendiri, jadi kami (FAM) perlu mengeluarkan wang daripada deposit tetap.

“Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku tetapi kami sebagai badan induk bola sepak tanah air pun mahu menamatkan isu ini dengan segera,” titah Tunku Ismail, dalam laporan portal mStar.

Baginda bertitah demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco FAM yang diadakan di sini pada Sabtu.

Presiden FAM itu berkata: “Pasukan Liga-M akan diberi tempoh dua minggu untuk menyelesaikannya selepas mereka telah menerima pembayaran daripada FAM. Jika mereka gagal, tindakan akan diambil terhadap mereka.

“Pasukan yang ingkar akan berhadapan pengurangan mata dan tersingkir daripada Liga-M jika gagal menjelaskan yuran mereka. Ini adalah amaran terakhir daripada kami,” titah Tunku Ismail. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: FAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd