• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Syarikat Dilantik Untuk Bantu Kekal Minyak Masak

oleh AK-47
29/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melantik empat syarikat yang mempunyai kuota tambahan untuk membekalkan bekalan minyak masak paket di kawasan yang dilaporkan kurang bekalan di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata lantikan itu bagi membolehkan syarikat berkenaan mengedarkan stok penimbal minyak masak paket bagi mengimbangi kekurangannya di pasaran.

“Oleh itu, peniaga dan orang ramai perlu melaporkan kepada kita jika berlaku kekurangan bekalan di sesuatu kawasan kerana kita mempunyai stok penimbal untuk menampung kekurangan tersebut supaya tidak timbul masalah yang berpanjangan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini selepas merasmikan program ‘Varsity Entrepreneurship Skills & Talents’ (VEST) 2017 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Beliau diminta mengulas mengenai laporan kekurangan bekalan minyak masak paket di sekitar bandar Seremban dan beberapa kawasan lain di seluruh negara.

Hamzah berkata kementeriannya memandang serius isu kekurangan bekalan minyak masak paket dan akan memastikan perkara itu dapat diatasi dengan segera.

“Kadang-kadang ia disebabkan oleh bekalan lambat sampai dan kebetulan pengguna datang ke kedai itu bekalan tidak ada. Jadi, mereka membuat aduan. Adakalanya masalah ini juga disebabkan oleh pengguna membeli dengan jumlah yang banyak untuk kegunaan di majlis kenduri. Perkara itu menyebabkan kekurangan bekalan berlaku di kawasan itu,” katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada peniaga yang menyorok bekalan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka jika didapati bersalah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hamzah ZainudinMinyak Masak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd